bayan.jpg

Ambigram bayan by azrul

“Ambigrams, as defined by the great, yet sometimes biased, Wikipedia, (and slightly edited here by me) are graphical figures that spell out a word (or more, or even a phrase) not only in its form as presented, but also in another direction or orientation (normally upside-down, or reflected in a mirror).”

[dipetik dari blog azrul]

“An ambigram, also sometimes known as an inversion, is a graphical figure that spells out a word not only in its form as presented, but also in another direction or orientation. Douglas R. Hofstadter describes an ambigram as a “calligraphic design that manages to squeeze two different readings into the selfsame set of curves.” The first published reference to the term was by Hofstadter, who attributes the origin of the word to a friend. The 1999 edition of Hofstadter’s Gödel, Escher, Bach features a 3-D ambigram on the cover”

[dipetik dari wikipedia]

Pertama kali menjejak kaki ke blog ambigram azrul yang sebelum ini lebih dikenali melalui blog pertamanya iaitu carutan sopan.

Saya tidak mengenali beliau. Melalui blognya, beliau mentafsirkan diri sebagai :

Seorang Angkasawan. Pelajar sebuah IPTA yang kurang dibanggakan. Berfikiran cetek. Pemalas.

Meneliti hasil kerja beliau melalui ambigram, saya berbisik, “dia memang ada bakat dan sungguh kreatif” . Mungkin baru di peringkat amatur, namun, usaha ini baik dan bermanfaat. Ini bukan kerja orang malas-malasan, tapi memerlukan daya berfikir yang tinggi.

Walaupun baru beberapa hari menjelajah blog ambigram seperti ambigram by nagfa, awangpurba, boksmati graphix dan lain-lain lagi [banyak sebenarnya], saya rasa jatuh cinta pada seni ini. Selepas itu barulah saya sedar ambigram ada di sekeliling saya – baju t-shirt, cendera mata, kad ucapan, muka depan buku, ambigram yang dibingkaikan, ambigram grafitti, dan tulisan jawi yang menggunakan seni kaligrafi dan tipografi juga mungkin boleh dianggap sebagai ambigram.

Ok, saya akan terus membaca dan mengenal ambigram. Mungkin ambigram satu disiplin tersendiri yang berbeza sama sekali dengan tipografi, kaligrafi atau grafiti. Mungkin juga ada perkaitan yang erat di antaranya. Jika entri pertama tentang ambigram ini ada kesilapan atau kesalahfahaman, sila betulkan.

selamat_hari_raya_aidilfitri__by_awangpurba.jpg

Diambil daripada weblog awangpurba

tongahcolored.jpg

Antara bentuk tulisan yang saya minati tapi dah digunapakai untuk nama Encik Tongah..huhuhu..

* Terima kasih Azrul..