his-not-mine.jpg

Satu..
Suci itu akan indah jika kau tahu memaknakannya
Makna itu dalam jika kau tahu sucinya.
Antara makna dan suci kau pilih diam
Diam yang kotor, debu, pedih
Di satu sudut yang paling dalam

Ada luka sedang menganyam
Anyamannya pantas
Membelah kalbu.
Dan kalbu lelah mencari suci dalam makna.


Dua.
Jika kau tahu stesen seterusnya ada sisi hati
Ya, kau tahu memang ada sisi hati
Suci yang sarangnya debu karat
Sudutnya sudah beralih
Kau campakkan lagi sesat berselirat daun akar rimba
Stesen ini ada sisi hati yang lain


Tiga.

Ada secebis harapan
Peratusnya kerdil dan kelipnya bak kunang
Suci tadi kau buat –buat lupa
Padahal di situ bercambahnya rasa-jiwa-cinta
Harapan tadi bukanlah apa-apa
Suci juga yang kau tak nampak
Sirna dan semakin gelap
Kerana di hatimu sendiri tiada suci.