Oleh kerana masih malas nak buat ulasan hal-hal yang berkaitan dengan alam sekitar sekeliling saya, maka, saya mengambil keputusan untuk menjawab sahaja tag dari dakwatcoklat. Kenapa saya? Sebab saya selalu menyibuk-nyibuk menumpahkan dakwat hitam (actually saya suka hijau – sangat suka), di dalam blog beliau.
Tag 5 : Tiga kisah pemontengan puasa yang paling sengal pernah saya dengar/alami
- A, seorang budak perempuan berusia 8 tahun yang baru belajar berpuasa penuh. Pada awal-awal bulan puasa dia dapat berpuasa penuh dengan baik apatah lagi telah dijanjikan ganjaran wang tunai sebanyak RM 50 oleh bapanya. Tapi hari itu, dia tergugat. Bapanya membeli air berkarbonat pelbagai perisa berbotol-botol. Nafsunya mula membuak, lapar datang tiba-tiba, tekak terasa haus bagai berada di padang pasir. A hanya memerhati bapanya menyimpan botol minuman itu di satu sudut rumah. A memandang kiri dan kanan. Tanpa berlengah……..[the rest of this story has been suspended]
- Cerita ini juga berkaitan dengan si A semasa berusia 12 tahun. Pada waktu itu, A terlibat dengan perlawanan bola jaring bawah 15 tahun yang akan diadakan selepas hari raya. A balik dari berlatih bola jaring. Dia kepenatan. Sampai sahaja di rumah, A mengambil tuala dan terus menuju ke bilik air. Semasa mandi, air paip termasuk ke dalam mulut A yang comel. A terkejut, sebab dia tahu puasanya akan terbatal jika air masuk dengan banyak. A menjilat bibirnya. Air paip bagaikan air tebu….dan..[ the rest of this story has been suspended]
- 2 orang lelaki dewasa. Pekerja abah saya. Ditugaskan memasang jubin di sebuah rumah. Cuaca panas. Tapi mereka bukan berpanas, mereka duduk di dalam rumah yang ada penghawa dingin. Mereka hisap rokok, makan gula-gula, dan minta kawan mereka yang berbangsa Cina membelikan nasi bungkus berserta air sirap limau. “nasi lauk ayam goreng dan sayur pisang masak lemak serta air sirap kurang manis”, mereka memesan. Sangat sengalllll…
* Cerita satu dan dua berdasarkan pengalaman sendiri. The rest of the story…budak perempuan comel itu telah mengalami sakit perut melampau sehingga di sahkan gastrik kerana meminum air berkarbonat dan air paip dengan kadar yang melampaui batas. Cerita tiga hasil penceritaan semula pekerja Cina yang telah disoal siasat oleh abah kerana bersubahat dalam kes pemontengan puasa.
NAk tag :
1. nikshikin
2. affuan
3. isteri
September 17,2007 at 5:21 am
Hehehe…thanx cik bayan sebab sudi kongsi cerita…bila tukar theme nie…
September 17,2007 at 5:37 am
Hu.. Kenapa laaa lembab sangat nak bukak blog ni? Rupa2nya banyak sangat pautan RSS. Tambah dengan sharing box.net, vote, meebo ngan vod pod. Patut la. Huhu.
September 17,2007 at 5:39 am
tadi…aduh pening laa sebenarnya… theme tak berapa mengena ngan jiwa.. saya nak cari warta hitam yang cantik cam kat blog saya lagi satu (http://bayan.blogmas.com)
tapi masalah nyer kat theme hitam tu tak leh tukar header…BEKU..
September 17,2007 at 5:40 am
en affuan : ooo yer ke? maknanya saya kena buang semua tu? atau ada cara lain yang boleh mengekalkan unsur-unsur yang saya suka itu (pautan dan lagu2) tanpa menggugat kelancaran blog ini?
September 17,2007 at 6:04 am
[…] Bayan ni sudah pandai tag2 orang ye. Aku rasa dier tak suka kena tag. Hehe. Apa2 pun aku jawab gak. Er, […]
September 17,2007 at 9:55 am
add FS GUE DONK KAWAND DARI MALAYSIA ( BAJINGAN_NOTDEAD@YAHOO.COM ) YA DI TUNGGU,,,,
MET PUASA AJA DAH,,,JANGAN MAKSIAT TERUZ
September 18,2007 at 4:25 am
hahahaa..yang melyu tuh lah sengal..dah tua2 pun x reti2 nak poser..kat pejabat aku dulu pun ader gak..kekadang siap bini bos bawakkan nasi..pergghhh
September 18,2007 at 5:05 am
malu kan? camna non muslim nak hormat islam?
September 18,2007 at 8:10 am
Buang skit2 dah la. Yang x penting.
September 18,2007 at 8:23 am
dah buang meebo dan test . saya sangka kesilapan server…rupanya kesilapan blog sendiri…heheh jahil sungguh..
September 22,2007 at 7:01 am
[…] ramadhan semua. Akhirnya ada juga masa untuk aku luangkan menjawab tag kali ke-dua dari cik bayan yang ku kira masih relevan untuk dijawab. Yelah, sudah hampir seminggu umat Islam berpuasa aku […]