The Rules:
1. Each blogger must post these rules first.
2. Each blogger starts with eight random facts/habits about themselves.
3. Bloggers that are tagged need to write on their own blog about their eight things and post these rules. At the end of your blog, you need to choose eight people to get tagged and list their names.
4. Don’t forget to leave them a comment telling them they’ve tagged, and to read your blog.

Kena tag lagi. Seperti ‘dakwat coklat’ saya juga sedang kekeringan idea. sebenarnya ada idea, cuma malas nak olah. Apapun, saya cuba jawab memandangkan tajuk tag ini juga agak menarik.

Eight Random Facts/Habits About Me

  1. Teruja dengan buku, namun mengambil masa yang lama untuk membacanya. Jika ada buku yang menarik, sanggup membacanya berulang kali sambil tersenyum atau mengerutkan dahi.
  2. Mengalami kemalangan sebanyak 5 kali dalam hidup – Menunggang motorsikal dan melanggar budak yang sedang bermain galah panjang di tengah jalan raya, dilanggar oleh motor yang ditunggang oleh penunggang mabuk, jatuh motor dengan kawan [di simpang Kg. Kerinchi dan UM], serta kemalangan kereta dengan pakwe [suatu waktu dulu]. Hasilnya : Kaki patah dan dimasukkan besi serta sedikit kesan luka di lutut dan tangan.
  3. Suka gelakkan orang dan tak kisah kalau orang nak gelakkan saya.
  4. Suka menggunakan kata-kata eufemistik dan sarkastik – untuk memuaskan hati sendiri terutama ketika hendak menegur orang atau sakit hati dengan orang
  5. Selalu mengemas meja kerja. Tapi lepas tu bersepah balik.
  6. Citarasa kepada muzik sentiasa berubah. suka dengar semua jenis genre muzik. Kadangkala minat rentak tradisional, kadangkala tak boleh dengar langsung.
  7. Tidak boleh membaca atau menulis dengan mendengar muzik. [boleh, tapi tak fokus la]
  8. Sangat prihatin dengan situasi sosial yang ada di sekeliling sehingga kadangkala terasa ingin bertindak sebagai polis untuk menangkap apek yang jual VCD dan DVD lucah kat tingkat bawah rumah. Atau menjadi pencegah maksiat untuk menangkap budak-budak muda/pelajar kolej yang menyewa rumah bersama pasangan masing-masing di kawasan perumahan saya. Terasa juga nak jadi Isteri Pak Lah (versi bertudung) supaya dapat beri contoh kepada isteri-isteri pemimpin yang lain dan rakyat tentang kewajipan bertudung dan juga keunggulan Islam Hadhari yang sebenarnya. hehehehhe…..Maaf ek Datin Jeanne…

Aduhai, susahnya nak buat tag ini apatah lagi secara random kan. Apa pun dah berjaya siapkan. Harap tongah puas hati dan saya ingin mengetag kawan-kawan yang lain…

  1. Acciaccatura
  2. Ajet
  3. cikgu zulkhair
  4. hardyweb
  5. Adar
  6. nickmenza
  7. Zaharah muhammad
  8. Nik shikin
Advertisements