Semalam Ita datang ke rumah saya. Ingin bersahur sama katanya. Lagipun semalam dia cuti sakit. Kakinya bengkak kerana jatuh semasa memunggah barang yang banyak. Kan 11 September yang lepas Mega sale di Jusco Mid Valley. simpati dan kelakar mendengar rintihan Ita tentang karenah pelanggan semasa mega sale tersebut. Pukul 5 pagi dah buka gedung sehingga aktiviti penyusunan pukul 1 pagi.

Ita penat. Tapi banyak perkara yang dia pelajari dengan bekerja di Jusco. Alhamdulillah, akhirnya dia semakin bijak mentafsir sesuatu yang berlaku pada dirinya.

Sedang kami sibuk bergosip tentang itu ini, telefon berbunyi. Adik lelaki saya memberitahu bahawa sepucuk surat telah tiba di rumah. Surat untuk Ita. Ita diminta menghadiri temuduga sebagai jururawat di Putrajaya. Salah satu impiannya. Tapi saya pernah memperlekehkan impian Ita. Saya katakan yang dia tak sesuai menjadi jururawat kerana perwatakanny yang kasar dan kelam kabut boleh ‘membunuh’ pesakitnya kelak. Malahan saya juga pernah mengejek Ita dengan mengatakan “pesakit akan tinggal lama di hospital bila tengok muka awak”.

Ya, saya sangat jahat dan zalim kerana melukakan hati adik sendiri. Tapi itu dulu…

mawar2.jpg

Sekarang saya nak menebus kembali keterlanjuran saya itu. Saya mahu Ita menjadi jururawat yang cantik. Cantik bukan hanyan paras rupa tetapi juga cantik segala-galanya. Kan Orang sakit perlukan jururawat yang cantik rupa paras dan budi pekerti agar hati mereka tenang seterusnya sakit mereka hilang dengan cepat. Hehehhee …spekulasi melampau dari saya.

Oleh itu, saya ingin membantu Ita supaya selesa dan yakin menghadapi temuduga itu. Bagaimana caranya? Saya cuma ingin tahu beberapa perkara dari rakan-rakan yang arif tentang :

  1. Soalan yang biasanya ditanya ketika temuduga memohon jawatan jururawat.
  2. Ketrampilan yang harus ditonjolkan untuk meyakinkan penemuduga
  3. Bahan bacaan sampingan yang boleh membantu dalam menjayakan misi temuduga
  4. Perkara-perkara sampingan yang harus ada

Doa anda juga saya pohon agar Ita berjaya dengan temuduganya itu. Terima kasih.

Advertisements