Entri dihasilkan atas rasa tanggungjawab (cheewah) untuk menjawab tag yang dikemukakan oleh Puan Acciaccatura. Tapi nak tergelak juga bila baca tajuk tag ini – 5 things in my…..

Apa pun saya akan menjawabnya tetapi menggunakan bahasa Malaysia. Boleh kan?

5 things in my handbag/bag

  1. Telefon bimbit
  2. beg duit
  3. Buku harian rasmi pejabat (bersaiz tapak tangan)
  4. Buku nota dan pen (wartawan kan….)
  5. Sedikit alat solek dan barangan wanita (bedak kompak, pelembab bibir, pelembab tangan, pewangi)

5 things in my purse

  1. Duit
  2. Kad (pengenalan, atm, kwsp, derma darah,jusco, insuran prudential, bread story)
  3. Gambar bersaiz pasport
  4. Slip pengeluaran wang atm
  5. Mini kalendar bersaiz setengah tapak tangan.

5 favourite things in my favourite room

  1. Katil yang luas + tilam yang empuk + cadar yang menawan
  2. Almari 4 pintu dan meja solek
  3. rak buku yang menemani kala kebosanan.
  4. sebuah kerusi empuk yang membolehkan saya membaca sambil memejamkan mata.
  5. Cermin yang besar yang membolehkan saya ‘masuk bakul angkat sendiri’

5 things i would like/love to do

  1. Disiplin dalam membaca al-Quran selepas solat
  2. Memastikan rumah kemas sebelum masuk tidur atau sebelum pergi kerja
  3. Dapat menyelesaikan ‘things to do’ yang ditarget setiap hari
  4. Sentiasa berusaha memperbaiki diri dan membina keluarga yang bahagia
  5. Senyum selalu

5 things im currently doing

  1. Membaca blog kawan-kawan (sambil menjawab tag)
  2. Membuat artikel terbaru mengenai ‘perang dingin’ antara ibu bapa dan guru
  3. Baru lepas telefon emak yang sedang menjaga abah di Hospital Besar Melaka.
  4. Dengar radio x-Fresh fm
  5. Sedang merencana / mencari ilmu untuk membuat perniagaan internet.

Itu sahaja yang boleh dikongsi. Mungkin agak membosankan, tapi dah itu kehendak soalan dan saya tak boleh mereka-reka jawapan.

Oleh kerana semua orang bertindak mengetag orang lain selepas menjawab tag, saya pun nak tag kawan-kawan saya juga. Harap mereka dapat jawab dengan tenang dan ikhlas. Kalau tak nak jawab tak apa la..

1. think tank

2. tongah

3. de_kerinchi

4. Khairulnizambakeri

5. life of AKU

Selamat berpuasa kepada semua!