Cuti minggu lepas memang membosankan dan kelam kabut. Jalan tidak sesak, tetapi hujan renyai sepanjang hari membuatkan perjalanan terasa jauh dan letih. Tapi, panas lagi letih dan sangat letih.

Setengah perjalanan, (Kuala Pilah -Bahau), tergerak hati nak telefon abah. Abah jawab dengan payah. Abah suruh pandu kereta hati-hati. Saya jadi tak sedap hati. Telefon emak, emak tak mahu cakap. Telefon adik, adik kata kaki abah patah. Saya terkejut.

Sampai kampung, masuk je rumah nampak abah terbaring. Betisnya berbalut, siap ada buluh lagi.

Kenapa tak bawa ke hospital?

Ala sikit je.

Apa pulak sikitnye, dah patah cam ni.

Abah dah jumpa orang yang pandai…

boleh ke macam tu?…

Saya menegerutkan muka. Saya pernah kemalangan dan abah juga pernah memaksa saya keluar dari hospital untuk berjumpa dukun patah. Tapi saya berkeras kerana patah tulang peha saya bukannya sikit. Patah tebu. Dan saya tak yakin dengan cara tradisional yang abah sarankan. Sudahnya, hampir dua minggu saya di hospital abah tak datang menjenguk. Cuma, hari pembedahan memasukkan besi dalam tulang peha kaki saya, barulah abah datang. Dan tiga hari kemudian abah datang jemput saya. Dia dah keluarkan duit dari akaunnya untuk bayar bil hospital. Tapi, mana ada kena bayar. Kan saya belajar lagi masa tu.

BEKU

Mulai malam itu, ramai betul orang yang datang melawat abah. Abah bukanlah orang yang ‘glemer’. Tapi mungkin abah antara ahli jemaah masjid, tukang gali kubur, tukang buat rumah, sewakan khemah majlis perkahwinan kat orang kampung dengan harga yang murah, suka bersedekah dan ramah tamah, maka berita kemalangan abah cepat tersebar.

Malah ada kawan-kawan rapat abah yang menangis bila tengok abah terbaring cam tu. Anak-anak abah yang lain boleh tergelak-gelak lagi [kecuali saya]…Apa laaa
Letih dan tertekan juga bila rumah kita sentiasa ada tetamu. Tak sempat nak masak, basuh baju, lipat kain, kemas rumah, tidur…hehehehe…

Dan video kat bawah ni saya tujukan buat adik perempuan saya Zarita dan Zaria yang malas nak lipat kain baju. Dah besar-besar pun nak kena piat telinga.

dan yang ini…

Advertisements