Kaki abah [yang degil] patah kerana kemalangan di tempat kerja. Ya, kaki saya juga pernah patah 6 tahun yang lalu. Tapi saya tak tahu produk kesihatan yang boleh diberi pada abah. Dulu, saya guna produk gamat dari luxor, tapi tak tahu sama ada produk itu masih ok atau tidak. Lagipun banyak sangat produk kesihatan di pasaran Malaysia. Tak tahu mana yang baik atau sekadar mahu ‘mencari untung’.

Jika ada sesiapa yang tahu tentang produk kesihatan untuk sembuhkan luka patah kaki, harap beritahu saya. Sekian, terima kasih!