Hari ini saya menghadiri “Majlis Apresiasi 50 tahun Malaysiaku Gemilang”..maklumat lanjut klik di sini.

Apa yang saya nak perkatakan bukanlah sesuatu yang prejudis, tetapi beberapa perkara yang menarik/pelik yang boleh kita kongsi bersama.

  • Menariknya tetamu begitu ramai. Penuh satu dewan PUSPANITA tu. Pelajar sekolah pun ada (tak tahulah rela atau dipaksa datang), di samping kakitangan agensi Islam yang diwajibkan hadir (seperti saya)
  • Ada beberapa kelemahan dari aspek teknikal iaitu sistem audio yang mengganggu pendengaran. Itu di maafkan kerana majlis ini dikatakan mengambil masa seminggu sahaja untuk diuruskan.
  • Alahai, kumpulan pemuzik yang dijemput memainkan lagu-lagu intrumental lama menggunakan alatan muzik (bertali?)..Memang sedap muzik yang dimainkan. Kadang terasa seperti berada dalam majlis perkahwinan je.
  • Kumpulan pemuzik itu ada penyanyi. Perempuan. Pakai ‘red kebaya ketat’. Pakai selendang hitam (jarang). Dadanya terdedah sket. Saya bingung. Tak ada ke penyanyi lelaki?. Perempuan tu nyanyi lagu ‘perwira’, ‘tanggal 31’, dan ‘bahtera merdeka’. Alahai..kenapa Yapeim tak alert benda ni? dah namanya majlis yang dianjurkan oleh agensi agama kan…kenalah SURE halal semuanya…
  • Lagu kebangsaan [Negaraku dan Jalur Gemilang] dinyanyikan bersama muzik asal. Muzik asal terlalu kuat. Jadi kami just kumat kamit tak kuar suara.

umi nadzirah mustafa kamal

  • Si cilik Umi Nadzirah membaca puisi yang ditulis bapanya sendiri dan dia merupakan johan deklemasi puisi kanak-kanak. Suaranya merdu dan matang. Comel.
  • Lim Swee Tin berganding bahu dengan anaknya mendeklemasi puisi kemerdekaan. Bergegar dewan dengan semangat juang.

3.jpg

  • YB Dr. Sohaimi Hj. Mohd Salleh, Ketua pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, mendeklemasikan sajak yang setengahnya ber’longat’ kelate.. hehehe..menarik gak.

datuk-nakhaie.jpg

  • YB Datuk Hj. Mohd Nakhaie Hj. Ahmad, Yang Dipertua YADIM menjadi juara deklemasi sajak bagi kategori ketua pengarah agensi Islam. Tahniah. Sajak yang dicipta sendiri memang ada ‘self- touching’ dan suara Datuk memang best.

Apa pun majlis ini berjaya!..Kurang cakap, banyak pengisian. Tahniah!

*Gambar belum edit…nanti saya upload.

Advertisements