Geram Che’ Salmah bertimpa-timpa. Dadanya sakit menahan rasa. Ada rasa sebak dan sakit di ulu hati yang dalam. Sarip dah keluar tanpa memandang-mandang lagi ke belakang.

“kenapa dengan Sarip? Dia sudah berubah dengan banyaknya. Kenapa dia semakin tak faham apa yang aku mahukan?” tanya Che’ salmah bertalu-talu kepada dirinya sendiri.

Semalam Sarip berjumpa dengannya. Sarip meminta air kopi barang secawan. Semasa di dapur, Salmah dengar Sarip memanggilnya dengan nama Rokiah. Kata Sarip ;

“Jangan lupa ya Rokiah, gulanya satu sudu setengah saja”

Air mata Che’ Salmah sudah jatuh. Perasanlah dia yang Sarip ada hati sama Che’ Rokiah ronggeng. Pada waktu itulah Ramlee muncul di tingkap rumahnya.

Ramlee : Kenapa Salmah?

Salmah : Tak ada apa-apa Ramlee. Mataku termasuk habuk saja.

Ramlee : Ahh..aku kenal benar dengan kau Salmah. Kenapa dengan kau? Pasal Sarip lagi kah?

Salmah : Tak ada apa-apa aku kata.

Salmah tutup tingkap. Ramlee diam. Salmah memaku diri di balik tingkap. Dia malu pada Ramlee. Ramlee berlalu sambil menyanyi lagu tiga kupang. Salmah tutup telinga. Lagi-lagi lagu itu kau nyanyikan. Salmah mendongkol.

Advertisements