Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Aminnn….

Sebelum ini saya ada memperkatakan tentang tip-tip menaiki komuter I dan II. Nampaknya usaha saya tidak begitu berjaya kerana mereka masih melakukan perkara yang sama sehingga terjadi kes-kes seperti terjatuh dalam komuter, kehilangan barang, badan yang sakit-sakit akibat bersesak dan postur tubuh yang tidak betul semasa berada dalam komuter serta banyak lagi. [lagipun blog saya bukannya popular sangat, maybe diorang tak baca entri saya yang berguna ini…. hehehhehe…]

Kali ini saya ingin menyenaraikan tip-tip seterusnya yang selalu dilakukan oleh penumpang tanpa mereka sedari.

  • Jangan memeluk tiang pemegang – eeee….berapa kali nak cakap (dalam hati..hehehhe), jangan la peluk tiang tu [posisi badan yang melekat pada tiang]. Orang lain yang tidak mendapat tempat duduk amat memerlukan tiang tersebut untuk menjadi pautan semasa komuter ‘roller-coster‘ atau ‘belayar’.
  • Jangan membuka lagu melalui alat muzik anda terlalu kuat. Pendek kata, no loudspeaker! Biasanya suasana dalam komuter tidak bising apatah lagi waktu pengguna komuter ke/pulang dari pejabat seperti pukul 7-9 pagi dan juga 5-7 ptg. Begitu juga perbualan yang terlalu kuat sehingga mencetus ketidakselesaan orang lain yang penat bekerja.
  • Apabila membawa barangan yang banyak dan berkotak-kotak [biasanya warga asing], pastikan barang-barang tersebut diletakkan di tempat yang selamat dan bukannya berada pada laluan pengguna untuk keluar masuk komuter. Tindakan anda bukan sahaja menyekat pergerakan keluar masuk orang lain, malah boleh menyebabkan barang anda ‘cedera’ atau ‘musnah’ akibat perlanggaran yang tidak sengaja. Ingat tu pak!

Buat pengetahuan anda, komuter merupakan salah satu pengangkutan di Malaysia yang mempunyai penumpang paling ramai. Situasi itu telah mencipta satu budaya yang hanya ‘regular-users‘ yang mengetahuinya. Jika anda bukan pengguna tegar, saya nasihatkan anda perhatikan sekeliling dan mula belajar. Ingat, pencetus revolusi biasanya akan mendapat dua perhatian – positif dan negatif.

noname.jpg

Besederhana dalam melakukan apa sahaja dalam komuter – mendengar muzik, berbual, bergurau senda, tidur [jangan sampai keluar air liur atau mengeruh/berdengkur] dan sebagainya. Hormati pengguna lain dan juga pelihara maruah anda.

Sekian, terima kasih!

*teringat satu peristiwa di mana seorang perempuan memakai baju kurung dan membawa beg kertas yang besar. Kejadian tolak menolak akibat komuter yang tergendala perjalanannya, menyebabkan dia menjerit – “don’t push, damn it”! Dalam hati saya hanya berkata, “Alahai….kamu tu yang stupid and so damn kerana tidak melihat situasi semasa yang semenangnya sesak dan kamu juga so ‘sengal’ kerana tidak peka dengan orang sekeliling. Apa yang kamu jangkakan dari situasi sebegitu?”