Jumaat lepas, saya menjamu selera di sebuah gerai makan di Bukit Aman [yang terkenal dengan menu mee sup, mee kari dan sebagainya].

Gerai tersebut biasa sahaja. Kecil sahaja. Murah sahaja. Hidangan yang selalu menjadi santapan saya ialah mee sup, mee kari, mee tiaw sup, dan segala macam jenis hidangan yang berasaskan kuah – kari, sup, laksa…]

Hari itu cuaca redup. Saya menikmati hidangan dengan dihiburkan oleh tayangan filem P.Ramlee di televisyen..Cerita itu berakhir. Seorang budak (anak kepada tuan punya kedai) dalam lingkungan 6 atau 7 tahun menukar VCD P.Ramlee kepada VCD lagu. Dia mula memegang mikrofon. Saya hanya memerhati sambil makan.

Si kecil membuka lagu negaraku. Sambil berdiri dia meminta bapanya yang sedang memanggang daging burger untuk berdiri tegak. Si kecil mula menyanyikan lagu negaraku dengan suara yang lantang.

Saya tidak berdiri. Adakah saya tidak patriotik?

Setelah mengulang lagu tersebut sebanyak 3 kali [bapanya menyuruh dia berhenti kerana tak boleh buat kerja, kena berdiri tegak], si kecil mula menukar lagu negaraku kepada lagu Tanggal 31 nyanyian Sudirman. Suara si kecil agak kelakar untuk menyanyi lagu itu…masih teringat sebutan merdeka yang menjadi ‘mendeka’….

Kemudian si kecil menyanyi lagi. Lagu Pencinta Wanita oleh Irwansyah….ermmmm kecil-kecil dah pandai menyanyi. Harap-harap si kecil tak bercita-cita menjadi penyanyi bila besar nanti..

Entah kenapa saya tidak berapa suka dengan rancangan kanak-kanak masa kini [juga remaja] yang melebih-lebih kepada unsur hiburan. Pertandingan menyanyi sana- sini sehingga mengenepikan seketika sesi persekolahan.

Advertisements