Sarip melangkah keluar. Dia bingung. Sebelum keluar Sarip berpaling ke arah Salmah. Salmah tetap begitu. Dengan hentak-hentak kakinya, muncung bibirnya dan kerut-kerut seribu di wajahnya.

Sarip meneka-neka dalam hati sambil kakinya laju melangkah ke arah basikalnya di tepi tempayan. Kenapa dengan Salmah hari ini? Mungkin dia datang bulan. Kerana itulah marahnya datang seperti ribut. tiba-tiba sahaja.

Sarip berfikir lagi. Mungkinkah dia tersilap bicara? Bicara yang mana? hmmmm…ahhhhhh. Sarip tidak boleh fikir. Dia buntu.Kayuhan semakin laju menuju ke kawasan orang ramai berkumpul.

Sarip tersengih bila terpandang Che’ Rokiah. Hehehhee….Sarip tergelak halus. Che’ Rokiah hanya menjeling manja melihat Sarip mengayuh basikal dengan gopoh.

Che’ Rokiah tahu apa yang dia harus lakukan hari ini. Sambil membetulkan kebaya ketatnya dengan dada yang sengaja dibusungkan, Che’ Rokiah melenggang menuju ke basikal Sarip. Jari Jemari Che’ Rokiah yang di penuhi cincin emas membelai-belai handle basikal Sarip.

Sarip tersengih lagi. Dia menongkat basikal dan berdiri betul-betul dihadapan dada Che’ Rokiah yang membusung. Dan Sarip betul-betul lupa pasal Salmah yang merajuk tadi.

Advertisements