Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Aminnnn….

thinking.gif

Macam-macam perkara berlaku sepanjang perjalanan kita menyambut kemerdekaan yang ke-50 ini. Pastinya, ‘benda-benda’ yang berlaku itu tak menunjukkan kemerdekaan langsung dalam diri setiap orang – tak kiralah sama ada pemimpin sendiri, dan juga rakyatnya – tanpa mengira apa juga warna kulit, bangsa, agama dan taraf pendidikan.

Masing-masing sibuk memperkatakan tentang kemerdekaan. tak kira di mana pun – suratkhabar, kedai kopi, pejabat-pejabat kerajaan, swasta, kebun-kebun getah, padang golf, di tengah lautan dan yang paling popular melalui weblog.

Mereka kata bendera itu kemerdekaan. Hormat lagu kebangsaan juga merdeka. Macam-macam tafsiran kemerdekaan boleh didengar. TV sibuk promosi merdeka. Iklan kat TV tentang merdeka. Peraduan di mana-mana tentang hari kemerdekaan, untuk menaikkan semangat patriotik katanya [hadiah berupa tiket menonton konsert dan juga PS2 dan lain-lain].

Tokoh-tokoh lama mula dicari demi memperkatakan tentang kemerdekaan. Atuk-atuk dan nenek-nenek serta pakcik-makcik mula membandingkan merdeka dulu dan sekarang…
Kereta, bangunan, kedai2, pokok2, malah, tokong dan gereja juga ada bendera ‘JALUR GEMILANG’. Mungkin takut Menteri Kebudayaan buat ‘sesuatu’ kalau tak der bendera merdeka. [Mat rempit pun pasang bendera merdeka kat motor diorang].

Kita marah pada en. Namewee kerana dia menghina lagu ‘negaraku’. Kita kata dia tak patriotik kerana mempergunakan lagu negaraku. Kita kata dia jahat sebab tak tahu adab dan budaya. Dia hina agama lain. Dia kutuk persekitaran Malaysia nan merdeka. Kemudian kita uar-uarkan pasal perkauman, keagamaan dan sebagainya. Kita desak kerajaan buat sesuatu untuk mengajar en. Namewee ini. Kita harap dia dikenakan tindakan undang-undang, minta dia meminta maaf secara terbuka, halau dari Malaysia, dan yang paling kejam, kita nak bunuh dia, dan keluarganya…..

Kenapa dengan ‘kita’ ni? Betulkah kita prihatin dengan negara dan agama hanya kerana en. Namewee punya salahlaku?

Namewee bagi saya cuma kuman di seberang laut. Bagaimana pula dengan ‘gajah’ di hadapan mata yang kita tengok hari-hari. ‘Gajah’ ini pelbagai, bukannya besar dan kuat sangat pun. Tapi kekuatan ‘gajah’ ini menjadi-jadi bila kita tak bising-bising sebagaimana kita bising-bising dengan kelancangan en. Namewee melontarkan rasa-jiwanya dengan cara yang menyinggung perasaan orang lain.

Antara ‘kuman’ itu dan ‘gajah’ ini, tak banyak beza. Yang beza cuma ‘kuman’ buat secara terang-terangan, ‘gajah’ pula buat secara simbolik – hina agama, bangsa, dan negara.

[Kepercayaan kepada Tuhan] – ‘Gajah’ Islam sendiri tidak mengikuti sunnah dan syariah, tapi kita bagai nak gila bila ‘kuman’ non-muslim itu mengutuk agama kita. Kita sendiri memaparkan nilai ketidakislaman itu kepada mereka.

[Kesetiaan kepada Raja dan Negara] -Setiakah ‘gajah’ pada negaranya apabila kadangkala kutukan dan undang-undang dipandang sebelah mata?

[Keluhuran Perlembagaan] – Bagaimana pula tindakan kita kepada ‘gajah-gajah’ yang sering memperlekehkan perlembagaan?

[Kedaulatan undang-undang] – Kaji balik undang-undang di Malaysia, ‘gajah’ atau ‘kuman’ yang paling banyak melanggarnya?

[Kesopanan dan Kesusilaan] – ‘Gajah’ yang bergelek di depan kita dengan separuh bogel dan kadangkala bogel membuat maksiat, ketidaksantunan segelintir manusia(bukan sikit tapi sangat banyak), kehancuran adab sopan remaja dan anak-anak masa kini…..Kenapa kita diam?

Mungkin sudah tiba masanya kita kecilkan fokus dan melaksanakan apa yang sepatutnya supaya kita tidak memusnahkan negara kita sendiri. Kuman seberang laut kita perhatikan, gajah depan mata jangan pura-pura tak nampak. Kuman, apa sangatlah yang boleh dilakukan berbanding gajah yang boleh memusnahkan dan memijak-mijak kepala kita.

*Saya bukan menyokong sesiapa, sekadar memberi pandangan!