Dahulu saya meminati sastera. Pernah mendapat anugerah pelajar kesusasteraan Melayu terbaik semasa berada di Tingkatan enam (King George ke-V). Semuanya kerana cikgu yang sememangnya ada keupayaan dan kredibiliti menaikkan semangat saya bersastera.

Sastera bukan sahaja puisi. Sila betulkan tanggapan itu. Sastera bidangnya banyak. Cakupannya luas. Ahhhh…saya dah lupa segala hal yang berkaitan sastera. Jangan tanya banyak-banyak. Saya buntu…beku. Itu juga gara-gara guru sastera yang sama.

Jiwa itu datang lagi. Dan saya terperangkap antara lunaknya sapaan puisi-puisi indah, antara mantapnya kata-kata bersandar bahasa yang kadangkala terperangkap dalam Weltanschauung yang berbeza….

Dan sepi itu sengaja memerangkap kembali keinginan antara indahnya bahasa dan sarkastiknya dunia. Dia datang lagi dengan gumpalan hasrat yang besar diiringi keupayaan yang semakin mengecut.

Siapa yang pengecut? SAYA! huh, sengaja menyalahkan keadaan kerana tiada ruang fikir. Bodoh!

Dia memutikkan sedikit rasa kecintaan pada kepuitisan itu…

aduh…sekurang-kurangnya kau masih bebas di sana, mentafsir setiap saatmu dengan tafsiran yang bermakna, seterusnya dirungkai menjadi bait-bait kata yang menghibur hatimu sendiri.

sedangkan aku masih dangkal di sini, mencari erti setiap tuturmu…dan mengagumi setiap ekspresimu…

sedangkan aku masih disini…masih terkial mentafsir erti sebuah hidup dan seterusnya merasa jeles yang teramat kerana tidak berjaya memaknakan hidup dengan gaya penulisan estetika sebegini…

aduh…ajarkan aku membuang segala sarkastik dan menempel segala kejahilan berbahasa dengan nilai estetika ini….

*Weltanschauung – Tanggapan terhadap dunia dan peristiwa, iaitu tanggapan yang melihat semuanya itu dari satu sistem falsafah dengan tujuan untuk memperjelaskan tujuan dan maknanya, sikap atau pandangan hidup (glosari mini kesusasteraan, Hashim Awang)

Advertisements