bush-robot-fingers.jpg

Kehidupan yang dijalani oleh insan ibarat jari-jemari. ..


a) Ketika baru dilahirkan hingga mencapai usia kanak-kanak, manusia ibarat jari kelingking. Halus dan kecil. Manusia ketika ini tidak tahu-menahu tentang banyak perkara, sekadar hidup di bawah naungan kasih sayang dan jagaan kedua ibu bapa…


b) Apabila meningkat remaja, manusia adalah jari manis. Manis, dan ingin disarungkan dengan cincin. Cincin diibaratkan sebagai harta dunia. Ketika zaman remaja, banyak perkara dilihat begitu indah. Maklumlah, nafsu remaja kian bergelora…


c) Meningkat dewasa, manusia kian matang. Manusia umpama jari hantu. Panjang simbol kematangan. Manusia mula mengerti akan kehidupan yang sebenar. Lebih berdikari dan kurang bergantung kepada orang lain. Pendek kata, zaman penentu masa depan…


d) Apabila semakin tua, lazimnya sudah bersuami atau beristeri, manusia laksana jari telunjuk. Asyik mengarah itu ini, asyik menyuruh lakukan itu ini. Semakin tua, perasaan untuk memimpin semakin terserlah. Memang penting, cuma perlu pastikan segalanya berpatutan.. .


e) Tatkala sudah berbongkok tiga, manusia adalah jari ibu. Ibu kepada segala jari. Ketika ini, sifat manusia sudah cukup berbeza. Jika dulu suka itu dan ini, jika dulu suka mengarah, tapi kini tidak. Kehidupan di hujung usia, gunakan kesempatan yang ada untuk bersedia menghadapi kematian yang asyik memanggil… .