Berita Harian online 16 Ogos 2007:
Pelajar pakai seluar ketat kena bogel

mov3.jpg

Nak tergelak pun ada baca berita sebegini. [Media memang dipergunakan sepenuhnya menyampaikan sesuatu berita walau seremeh mana pun]

Nilai 1 : Ketegasan seorang pengetua sebuah sekolah mempertahankan peraturan yang telah ditetapkan – berpakaian dengan sebaiknya sebagai seorang pelajar dan MANUSIA + melahirkan pelajar yang yang cemerlang dalam ertikata pendidikan dan sahsiah = menghukum pelajar menanggalkan seluar ketat tersebut dan digantikan dengan kain batik pengelap kaki di surau.

Nilai 2 : Pelajar “takut” dengan pengetua lantas menurut kata – pakai kain batik lusuh tersebut walaupun malu [tahu pun malu]

Nilai 3 : Menjadi bahan ketawa di sekolah akibat memakai kain batik [sepatutnya memberi pengajaran bahawa mereka patut menerima keadaan begitu akibat ‘tidak menurut peraturan sekolah’ ]

Nilai 4 : Ibu bapa harus prihatin dengan keadaan anak [etika berpakaian sekolah, tingkahlaku dan sebagainya], bukannya menggalakkan anak melakukan kesilapan [melaporkan pada polis akibat malu dengan perbuatan pengetua itu]

Nilai 5 : Bagaimana keluarga kamu begitulah jadinya kamu ! Siapa kamu melihat kepada siapa kawan dan sepupu* kamu.

Nilai 6 : Bagaimanakah nilai pelajar dan anak yang akan dihasilkan melalui peristiwa sebegini?

*Dua daripada pelajar yang dipotong rambut itu adalah sepupu Mohd Hairey, iaitu Shaiful Asraf Husin, 14, pelajar Tingkatan Dua dan abangnya Shaiful Zhafri, 16, Tingkatan Empat.

Siapa yang malu sekarang? Anak yang didenda kerana memakai kain batik atau anak yang tidak memakai seluar dalam ke sekolah?

heehehehhee…kelakar la rancangan kartun ni….

Advertisements