Kisah ini berlaku selari dengan kisah misteri sebuah perjalanan 1.

Pagi itu remang [biasanya dekat-dekat maghrib]…terasa sejuk kerana matahari baru menguap. Perjalanan menggunakan bas meninggalkan kesan hitam dalam hati [sakit hati]. Apa la punya pemandu, tak prihatin langsung! Marah saya dalam hati.

Membeli tiket tren komuter amat menjengkelkan apatah lagi bila penjaga kaunter tiket tersengih-sengih [masih menyindir / menggelakkan saya yang pernah pengsan dua kali di stesen ini]. Nak beli tiket melalui mesin amat remeh. Hehehhe… ….yang sebenarnya tak reti sangat dan takut duit di reject.

Tren tiba. Tidak begitu sesak tetapi masih tak dapat tempat duduk. Berdiri di sebelah warga Indonesia yang agak pelik dan agak menakutkan dari segi penampilan dan pandangan matanya yang merenung tepat ke anak mata saya.

Untuk menyelesakan diri sepanjang perjalanan yang mendebarkan ini [5 perhentian], saya memandang-mandang ke luar jendela. Matahari masih berselimut! seorang wanita yang sedang duduk merenung saya sekilas dan memandang keluar. Byang-bayang wanita itu menghiasi cermin pada jendela tren [dia duduk di bahagian tepi dekat dengan jendela].

Saya cuba mentafsir pandangan mata wanita itu. Gagal. Menakutkan dan tiba-tiba jiwa bergetar. Mata saya memandang bayang-bayang wajah wanita itu. Tiba -tiba bayang itu memandang ke arah saya. Benar, mata saya tidak menipu. bayang wajah wanita itu menoleh ke arah saya dan matanya tajam merenungi saya.

hantubmp.jpg

Peluh mula merenik. Wanita itu tidak bergerak. Wajahnya menghala ke luar jendela tetapi bayang wajahnya menatapi saya dengan garang. Anak matanya sungguh hitam dan menuntut sesuatu daripada saya.

Jari jemari semakin berpeluh sehingga melurut jatuh dari pegangan tiang. Menggagahkan diri memegang tiang dalam keadaan begitu terasa amat berat. Seketika hati semakin kuat debarannya. Jari jemari terasa kaku.

Ya, mata masih terpaku pada wajah ngeri wanita itu, jari pula terpaku pada suatu objek yang kesat. Hati cuba dipujuk. Tapi…..

aaaa…tangan apa ni? Jari jemari saya masih di situ. Pada tiang yang menjdi pautan sejak tadi, ditemani oleh tangan yang menggerutu, hitam dan berbulu halus. Bukan tangan manusia kerana kukunya agak panjang dan hitam…

Debaran semakin kencang, tangan terpaku di situ tanpa upaya untuk mengalihkannya. begitu juga dengan mata yang ditangkap oleh mata asing yang garang menikam…

” stesen Kuala Lumpur”

Suara pemandu tren memecah suasana. Mata semakin pedih, tangan semakin berpeluh…fuhhhh..nasib baik dah sampai. Tren berhenti dan kaki bagai ditarik-tarik untuk segera keluar.

Tanpa menoleh ke belakang, kaki terus melangkah dan laju…dan laju…

* sumpah, tak nak tengok citer hantu sampai lewat malam sampai lupa nak solat Isyak… huhuhu..hantu ikut sampai dalam tren…

Advertisements