Iklan-iklan yang dipaparkan melalui media eletronik atau bercetak sejak akhir-akhir ini menunjukkan satu perubahan yang agak baik.

Daripada cara ‘membujuk-rayu’ untuk mempromosikan sesuatu produk atau agenda, masyarakat semakin betah menonton iklan-iklan yang berbentuk psikologi iaitu berfikir melalui akal dan jiwa mengenai sesuatu isu. Dan iklan-iklan seperti ini mendapat reaksi yang baik dan pujian kerana mesej yang hendak disampaikan lebih berkesan berbanding dengan iklan-iklan biasa (yang mempromosikan sesuatu barangan secara berlebih-lebihan)

Inilah kuasa teknologi dan peranan media eletronik dalam memaparkan nilai hidup dan menjernihkan sedikit demi sedikit isu-isu sensitif seperti kekeluargaan, kasih sayang, perkauman dan juga isu agama.

Bukankah kita manusia yang bijak? Lakukan apa sahaja yang boleh mengembalikan keamanan, kasih sayang dan nilai sejagat melalui kelebihan yang kita ada! Selamat menyambut HARI KEMERDEKAAN!

Advertisements