Saya baru buka blog baru http://bayan.blogmas.com

Saya tak tahu kenapa saya boleh tergerak hati untuk membuka blog tersebut. Mungkin juga kerana hasutan pembebel [hehehe..]

dsc_0485.jpg Mungkin juga kerana saya ingin melihat sejauh mana keberkesanan perniagaan internet melalui pengiklanan. Ini kerana wordpress tak membenarkan iklan bertapak diblognya.

Namun, sukar sebenarnya nak uruskan dua blog ditambah lagi dengan kerja rasmi saya. Walaupun apa yang saya buat ini [kerja rasmi, blog wordpress dan blogmas] berkaitan antara satu sama lain, ianya tetap memberi suatu keadaan yang ‘kelam kabut’ dan ‘pening’ bagi saya.

Mungkin saya wajar kekal dengan tugas rasmi sahaja. Mungkin juga saya patut mencuba perkara baru dalam hidup dan meluaskan keupayaan untuk menguruskan masa dengan baik. Siapa tahu…suatu hari nanti saya akan berubah kepada bidang lain…