bus1bmp.gif

Kisah bermula dengan bau yang menusuk hidung. rasa pedih menyesak hingga ke hujung rogga pernafasan. Penghawa dingin terpasang, tetapi bahang masih terasa. Bau itu menusuk lagi. Puas memandang ke kiri dan kanan (bukan untuk melintas jalan), namun punca kepada bau itu tidak kelihatan.

Hati dipujuk agar jangan terlalu panik. Ini semua hanya mainan perjalanan. Tapi hati sulung masih memberontak. Mana mungkin ini mainan. Mata pula sibuk menerawang ke arah wajah setiap penumpang. Mereka bersahaja. Adakah hanya hidung ini sahaja yang menangkap bau itu? Nafas ditarik agak panjang. Hati diminta bertenang.

“ish jalan jem pulak pagi-pagi ni,” bebel pemandu bas. Namun telinga ini tidak hiraukan bebelan itu.

“patutlah jem. Ada kemalangan rupanya,” kata pemandu bas itu sambil memandang kondukter yang asyik menguap.

“bang, kereta parking tepi sikit. Jalan jem ni. Ala Kemalangan sikit je tu. Kereta letak tepi sikit pastu settle la,” jerit pemandu bas ke arah dua orang pemandu kereta yang masih bertelagah akibat kemalangan yang mereka hadapi.

Hati ini rasa bangga sikit sebab pemandu bas  agak berbudi bahasa dalam menangani situasi itu. Lega pun ada sebab kesesakan tadi telah diketahui puncanya. Namun, bau tadi semakin menusuk. Diri semakin gelisah kerana bau itu sangat busuk dan memedihkan rongga hidung.

busbmp.jpg

Tiba-tiba mata tertangkap pada kepulan asap yang semakin bebas menerawang. kepulan asap itu berbentuk awan kecil, bergerak agak perlahan …..semakin pecah dan hilang di bawa angin dari celahan tingkap yang terbuka.

* eeee saya bengang sebab pemandu bas itu menghisap rokok pepagi buta ni! Satu badan bau rokok. Saya tarik balik pujian terhadap pemandu itu. Memang dia berbudi bahasa tetapi sangat ‘jahat’ sebab hisap rokok. Baru saya sedar seorang akak yang sedang mengandung menutup hidungnya dengan tangan.

Advertisements