Saya masih dalam usaha untuk membantu adik saya yang belajar di Unikl cawangan Melaka dalam bidang kejuruteraan kimia proses. Oleh kerana saya aliran sastera dan dia merupakan satu-satunya ahli keluarga yang mengambil bidang kejuruteraan, maka keperluan dia tidak dapat saya pastikan. Apatah lagi dia hanya kata ” tak ada apa-apa”.

Jawapan itu mempunyai dua makna :

  1. Memang dia tiada apa-apa keperluan waktu ini kerana proses belajar baru bermula
  2. Dia masih marahkan saya kerana saya adalah antara manusia yang memaksa dia menyambung pelajaran dalam bidang itu.

Namun, saya harus mengetahui perkembangan dia dan berusaha untuk mengambil berat pelajarannya walaupun tak faham apa yang dia belajar kat sana.

Apa agaknya yang boleh saya lakukan untuk menunjukkan saya sentiasa mengambil berat tentang dia dan pelajarannya?

Apakah keperluan [buku-buku, alatan khas atau apa-apa sahaja] yang boleh saya sediakan untuk kemudahan dia?

Di mana saya boleh menyelongkar dunia kejuruteraan [buku-buku rujukan, isu semasa dsb] supaya saya boleh menjadi teman berbincang untuk adik saya?