Semalam dalam perjalanan dari kampung ke kuala Lumpur, saya singgah di Ulu Bendul, Kuala Pilah. Hari ahad, suasana di sana agak sesak. Saya ke sana bukan untuk berseronok, bermandi-manda di jeram Ulu Bendul atau bercengkerama dengan si dia di tempat-tempat yang tersorok.

Singgah di Ulu Bendul semata-mata nak beli pisang goreng dan buah potong supaya perut saya tak berdendang sepanjang perjalanan dan juga mata tak mengantuk menghadapi kesesakan di Bukit Putus kerana kemalangan jalan raya.

Saya sangat kecewa dengan peniaga Melayu di situ (walaupun hanya segelintir). Menjual makanan tak segar. Makanan semalam dipanaskan semula. Buah potong tak segar dan ‘lemau’ (walaupun nampak cantik luarannya).

eeee, geramnya. Banyak kali dah kena camni. Saya yang tak prihatin atau mereka yang ‘jahat’?

Advertisements