jusco-ila.jpg

Dah lama rasanya tidak membazirkan duit di Jusco. Minggu lepas, saya membeli beberapa helai pakaian di Jusco. Oleh kerana kad Jusco dah tamat tempohnya, saya memperbaharuinya sebentar. RM24 ringgit terpaksa saya bayar kerana kad saya tidak diperbaharui setahun yang lepas. Setelah selesai proses tersebut, saya dibekalkan dengan  kalatog untuk ahli JCARD. Tak sempat nak baca, saya terus membeli barang.

Sekembalinya ke pejabat, saya membelek-belek katalog tersebut. Wah, tak sangka, JCard bukan sahaja boleh digunakan untuk membeli-belah di Jusco, mendapatkan mata ganjaran dan memperolehi barangan yang menarik, tetapi juga mempunyai banyak kelebihan.

Bukan tujuan untuk mempromosi, cuma sekadar ingin berkongsi maklumat. Mungkin saya yang ketinggalan zaman kerana baru mengetahui faedah ini.  

JCard – Dijemput ke hari ahli Jcard, aktiviti dan promosi, majalah Pearl percuma, perlindungan insurans percuma (barangan), harga istimewa, kad hari jadi yang cantik dan sebagainya.

Apa yang saya baru tahu – JCard boleh digunakan untuk mendapatkan potongan harga atau keistimewaan tertentu untuk outlet-outlet lain seperti :

  • Food and Beverages – restaurant , cafe, fast food and bakeries terpilih like Mr Teppanyaki, manhattan fish market, seri mutiara restaurant, auntie anne’s, kopitiam, haagen-dazs, A&W, kenny Rogers, Nando’s, Bread Talk dan lain-lain lagi
  • Specialty Shop – The music room, Galeri perabot moden antik, Nokia stores, England optical, Focus point, BRAND’s, Toy “R” us, Times the bookshop, Pets wonderland dan banyak lagi
  • Jewellery – Poh kong, Tomei Gold & Jewellery, Lazo Diamond Jewellery, My Diamond dll
  • Accesories – axxezz, becot, Black Pearl, Sa Sa, City Chain dll
  • Apparel, shoes/bag, services – beauty, spa, hair, personal care, photo equipment, florist, hobby, travel, vehicle, edutainment, leisure, nature, resort, hotels and clubs (barangan dan perkhidmatan terpilih)

Saya rasa beruntung! Lepas ni bolehlah berjimat sedikit dengan menggunakan kemudahan dan keistimewaan yang di beri oleh JCARD.

* nak tahu secara detail, baca katalog ‘JCARD member privileges’ [ 1 july 2007 – 30 june 2008]