Dia seorang legenda. Legendanya dia bukan main-main. Dia penyanyi, pelakon, penulis skrip, penulis lagu, pengarah filem dan segala macam jenis kerja yang berkaitan dengan dunia hiburan dan perfileman dia kuasai.

Belum lagi meneliti watak dan perwatakannya yang pelbagai dalam filem-filem Melayu klasik. Menjadi pelawak, bapa yang mithali, anak yang derhaka, kekasih yang romantik, suami yang buta, pemuda miskin, askar yang berani dan macam-macam lagi laaa…semua watak dia boleh bawa. Dia memang wajar digelar legenda.

Ibu Mertuaku, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Ali Baba, Sumpahan Orang Minyak, Anakku Sazali, Sarjan Hassan, Tiga Abdul, Madu Tiga, Semerah Padi, Laksamana do Re Mi, Hang Tuah dan banyaklagi….adalah bukti keunggulan manusia bernama P.Ramlee ini.

P.Ramlee telah menguasai dunia perfileman dan hiburan Melayu suatu waktu dulu. Nak dibandingkan dengan filem-filem sekarang memang tidak wajar kerana faktor zaman dan keadaan semasa tidak boleh memberi penilaian yang adil. Jadi, Jangan bandingkan filem beliau dengan filem-filem zaman sekarang (dari aspek idea dan garapan).

Memang jauh bezanya dan impaknya kepada masyarakat. Mesej yang hendak disampaikan begitu besar tetapi digarap dengan bentuk yang mudah difahami dan menghiburkan. Filem sekarang terlalu mengikut-ikut acuan dari negara luar. Akibatnya, mesej entah ke mana, hasilnya pula kacau bilau. Pendek kata, jika mahu mengenal dunia Melayu dan masyarakatnya, tontonlah filem P. Ramlee.

Kita boleh menilai idea, garapan dan sentuhan Tan Sri P.Ramlee kepada filem-filemnya dan lagu-lagu gubahannya. Dia memang legenda!

Advertisements