Pukul 8.24 pagi. Matahari tak pecah lagi. Selalunya waktu begini matahari dah pecah, menandakan saya lewat tiba ke pejabat. Hari ini hujan renyai. Saya tak berapa suka keadaan begini (hujan + lewat ke pejabat). Tapi rasa ‘pengap’ hari ini bukan sahaja kerana hari ini, tapi kerana semalam lagi.

  • Baju hilang, walaupun masih lembab diampaian
  • Semalam, kat suratkhabar baca berita pelbagai, tetapi saya sangat marah sebab satu artikel, tentang busana muslim. Tapi busananya alahai, tak mengikut syariat. tolonglah, jangan kelirukan umat Islam dengan perkara-perkara sebegini.
  • tonton telematch kat saluran 22 (astro ceria) dan saya rasa rancangan tu best dan kelakar.
  • Rasa nak makan durian tapi malas nak beli
  • Nak belikan komputer riba untuk adik, tapi malasnya nak ‘survey’
  • Telur masak kari, menu tengah hari semalam, tak menjadi sangat karinya. Kerana santan kotak atau kerana rempah ratusnya(bunga lawang dah habis)? tapi masih menyelerakan apabila dipadankan dengan sayur campur dan ikan masin.
  • Lapar….
Advertisements