Hari ini, semoga lebih baik dari semalam. Aminnnn…..

Saya semakin selesa berbaju kurung! Memang sebelum ini berbaju kurung. Masa sekolah, kat universiti, asrama, semua berbaju kurung [antara kemahuan dan kewajipan oleh pihak sekolah].

Kerja hampir 4 tahun dalam situasi yang agak sekular membuatkan saya memilih untuk berbaju kurung hanya pada waktu-waktu tertentu [hari jumaat dan majlis rasmi]. Namun, tanpa baju kurung saya masih ingat batas-batas etika berpakaian saya [walaupun banyak kali dampingan sang ‘syaitan’ membutakan hati saya].

Kini, bekerja di sini saya akui, berbaju kurung atau memakai pakaian yang menutup aurat seperti yang disyariatkan, saya ikuti dengan ikhlas [insyaAllah].

Dan pakaian yang indah ini banyak mengawal tindak tanduk saya seharian. Mungkin juga ada beberapa perkara yang agak terbabas, namun boleh diperbaiki lagi. Percayalah…PAKAIAN banyak melambangkan siapa diri kita sebenarnya..janganlah salah gunakan apa yang kita pakai untuk tujuan yang ‘syaitan’. Ia memberi kesan kepada orang lain yang benar-benar ikhlas dalam laluan ke ‘syurga’.

bunga.jpg

Pagi ini dalam komuter yang tidak sesak, mata saya tiba-tiba teruja memandang baju kurung yang dikenakan oleh orang lain. Indahnya pemandangan ini. Corak yang menarik [pastinya pelbagai jenis bunga yang indah]..mencerna minda ke arah ‘perasaan berbunga’‘hati berbunga’..‘senyum berbunga’..menjadikan wajah manis dan berseri bak bunga.

Teringat kata-kata seorang profesor Kesenian di Alam Melayu

lihatlah dalam almari seorang wanita, pasti ada baju yang berbunga. jika tiada, maknanya ada ‘something wrong’ with that women“.

Dan, seorang wanita ‘keras’ di sebelah saya [yang menginap satu kolej dengan saya], bernama Yat membeliakkan biji mata. Baju kurung yang dipakainya bercorak geometri. Saya tahu dan dia pun baru sedar yang beberapa helai baju kurung dalam almarinya bercorak ‘tidak berbunga’…

* sebenarnya pemandangan bunga pada baju kurung sangat indah dan menenangkan….

Advertisements