Blog ini dah jadi macam diari harian saya pula. Banyak perkara yang ingin saya cerita. Walaupun tiada tindak balas daripada sesiapa, saya tetap puas kerana telah meluahkan ‘rasa hati’ semahu-mahunya dalam blog ini.

Jika dulu, saya menulis ‘catatan harian’ di dalam buku, sehingga buku itu tertinggal di bawah meja dalam kelas dan dibaca oleh ‘orang yang sepatutnya’. Selepas itu saya jadi malas! Kerana buku yang menyimpan segala luahan hati itu kadangkala menjadi duri dan menjadi sakit yang menyakitkan apabila dibaca berulang kali. Seolah-olah saya mengumpul batu yang berat dalam kantung baju sendiri, walau kadangkala buku itu menjadi peneman untuk saya muhasabah diri. Akhirnya, saya sedar, saya semakin menginjak usia dewasa, dan buku sebegitu hanya sesuai untuk gadis yang imaginasinya untuk bertemu dengan putera yang kacak, membina hidup bahagia. Atau paling melampau buku itu hanya imaginasi seorang gadis yang ingin bertemu pari-parinya dan lantas memakbulkan segala mimpinya…Benarkah?

Semalam saya menghantar adik yang akan mendaftar di UNIKL Micet, Taboh Naning, Melaka. Diploma kejuruteraan Kimia proses! Ada rasa bersalah yang amat di situ.

Saya yang daftarkan dia secara online dalam keadaan tidak teliti, maka, bidang kimia proses yang saya pilih itu, rupa-rupanya amat berat bagi dia untuk melangsaikannya. Dia kata dia yakin 50-50 sahaja. Selebihnya…”struggle”.

Katanya, dia lebih cenderung ke arah kemahiran. Ya! sebelum ini Kolej IKIP ada menawarkan kursus yang sama tetapi lebih kepada praktikal. Ya! itu yang dia cari-cari apatah lagi dengan dampingan kawan-kawan, dia akan lebih ‘enjoy’ di sana.

Katanya lagi, “dah mak nak sangat Ijal masuk U, masuk aje laa”…Ya! Dia menerima tawaran Unikl kerana desakan mak yang hanya berharap anaknya dapat melanjutkan pelajaran di Universiti….dan bukan selainnya yang diragui taraf sah atau tidak sijilnya.

Dan, semalam, semasa pendaftaran, dia masih terkebil-kebil dengan gambar yang tertinggal dalam kereta, borang yang masih kosong tidak diisi dengan lengkap serta beberapa ‘kebuntuan’ lain yang lebih membuatkan orang lain rasa bersalah.

Dan, saya sebagai kakak yang mendaftarkan kursus itu, bertambah-tambah rasa bersalah. Saya cuba pujuk dia dengan mengatakan :

“kadangkala berseorangan tanpa kawan lebih baik untuk kita fokus terhadap pelajaran”

Dan saya juga kata padanya bahawa :

“Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin kamu akan temui apa yang sesuai untuk masa depan kamu di sini. Jika tak boleh juga, minta la tukar bidang – kimia makanan atau alam sekitar. Mesti boleh punya”

dan dia kata :

“maknanya kena sambung belajar kat sini juga la?”

Dan saya faham bahawa bukanlah masalah bidang yang menjadi persoalan, tetapi masalah tempat dan juga tiada teman bergurau senda!

Apa yang patut saya buat?

Advertisements