6.29 pagi : Mengesat mata. Baru bangun tidur dan serentak mata melirik jam di dinding. Mata terbeliak sikit. Hah…dah pukul 6.30 pagi?

6.31 pagi : Bergegas turun dari katil, campak selimut dan mengemaskan rambut yang nampaknya macam rambut mak lampir.

6.32 pagi : Bergegas menuju ke bilik hadapan yang memuatkan peralatan ‘melicinkan dan mencantikkan’ baju-baju. Hidupkan suis dan duduk seketika menunggu seterika panas.

6.34 pagi : Mata melirik ke rak buku yang terletak bersebelahan peralatan menyeterika. Ada sebuah buku – digest- Mastika. Oleh kerana tujuannya hanya untuk melayan waktu menunggu seterika panas, digest itu dibaca sikit-sikit – melihat pada tajuk yang agak panas dan juga diselak helaian mukasurat dari belakang ke hadapan – macam baca kitab jawi.

6.35 pagi : Mata tertampan pada helaian yang memaparkan gambar-gambar berserta biodata ringkas (mesti ruangan mari berkenalan tau kembang setaman [ruang mencari jodoh])- gambar lelaki. Setiap wajah yang dipaparkan tidak berapa hensem.

6.36 pagi : Mata tertumpu pada wajah seorang lelaki. Berusia dalam lingkungan 28 tahun. Disertakan dengan alamat terkini dan juga gambar yang agak menarik (hensem jugak mamat ni).

6.37 pagi : Helaian seterusnya dibuka. Mata tertumpu pada tajuk ruangan yang menempatkan wajah-wajah yang menjadi tatapan mata sepet ini – DIKEHENDAKI PIHAK POLIS….

6.38 pagi : owhhhhh…patutlah masing-masing tak hensem!

6.39 pagi : Alamak, seterika panas sangat. adjust balik button supaya tak berapa panas. Tunggu beberapa minit dan menyeterika dalam keadaan biasa.

kesimpulannya :

  • Bangun tidur cuci muka dulu
  • Jangan membaca atau buat sesuatu ketika mahu menyeterika baju – banyak buang masa
  • Jangan membaca buku tulisan rumi dengan cara baca buku tulisan jawi.
  • Kalau boleh seterika baju seminggu sekali, jadi tak payah susah-susah bangun pagi nak buat keje tu.
  • Sebaiknya, bangun pagi terus masuk bilik air, mandi, dan solat subuh dulu…ishhh kan dah pukul 6.30 pagi tu, sibuk menyeterika, bila nak solatnyer?
  • Takkanlah semua orang yang dikehendaki polis itu bermuka ‘jahat’. Adajuga orang yang bermuka ‘baik’ tapi lebih buruk akhlaknya dan berwajah ‘pecah rumah’ tapi baik akhlaknya.
Advertisements