Semalam cuti. Cuti bagi saya!

Selepas ke hospital untuk mengetahui status kesihatan kaki yang semakin parah ni (x dapat mc sebab doktor tidak rasa kesakitan yang saya rasa), saya terus ke Mid Valley untuk berjumpa dengan seorang teman.

Perjalanan dengan menggunakan komuter amat seronok. Tak sesak malah boleh pilih tempat duduk. Kalaulah, kalaulah pergi kerja setiap pagi macam ini kan seronok.

Semalam juga saya ke Guardian yang terletak dalam Mid Valley. Beli keperluan ‘seorang wanita biasa’. Guardian buat sale. Walaupun tak banyak diskaun yang diberi (only 10 %), berbaloi juga bagi saya yang nak berjimat. Berjimat?

guardian3.jpg guardian1.jpg

Setiap barang yang saya beli diberi diskaun 10% ditambah dengan kempen ‘breast cancer charity drive’ oleh guardian yang menawarkan 10 % diskaun tambahan bagi barangan terpilih (maybelline, olay, banana boat, lip ice, ellgy, gillete dll). Hanya RM2 untuk memiliki kad diskaun tambahan itu.

guardian2.jpg

Dan saya mendapat nilai yang agak berbaloi dengan diakaun itu. Ditambah lagi dengan dua setem untuk mendapatkan plush toy winnie the pooh

breadstory.jpg

Kemudian saya ke Bread Story…beli roti sebab lapar. Juga dapat kad kupon yang perlu dipenuhkan. 6 kali pembelian dengan resit melebihi RM10 untuk tawaran RM25 percuma pembelian roti dan bun di Bread Story.

Bukan Guardian dan Bread Story sahaja yang mengambil inisiatif memasarkan produk dengan cara begini, malah hampir kesemua produk (tidak kiralah makanan atau barangan) memberi kemudahan (?) dengan segala macam kad-kad diskaun dan kupon-kuponnya. Mungkin inilah salah satu cara untuk melariskan produk dan menggamit isi dompet pembeli dengan diskaun-diskaunnya, kupon-kuponnya….

Advertisements