stupid.jpg

Kedengaran perkataan ‘bodoh’ itu agak keterlaluan kan? Itulah yang saya rasakan bila seorang teman (perempuan bijak- kerana dia mendapat anugerah pelajar terbaik 5 tahun berturut-turut dan kini berada di luar negara menyambung pelajaran, bekerja dan mempunyai hidup yang BAIK), mengunjurkan ‘statistik perempuan bodoh’ yang dibuatnya sendiri. Ini bermakna dia melakukan kajian sendiri semasa di peringkat sekolah menengah lagi.

saya : apa yang menjadi kayu ukur awak untuk menilai perempuan-perempuan bodoh ini.

dia : bodoh! senang je, seseorang boleh dianggap bodoh jika dia melakukan sesuatu perkara yang bodoh sedangkan dia tahu akibat dari perbuatan bodohnya itu adalah tidak baik.

saya : bagaimana awak tahu sesuatu perkara itu bodoh? mungkin awak tahu sedangkan orang lain tidak tahu. Dan tidak tahu tidak semetinya bodoh. Setiap manusia mempunyai tahap pengetahuan yang berbeza bergantung kepada budaya, pendidikan, agama dan persekitarannya.

dia : kenapa nak susahkan fikiran? sebagai contoh ; perempuan bodoh itu tahu akibat dia malas belajar akan jadi apa? akibat hubungan seks akan jadi apa?

saya : penilaian bodoh itu terlalu subjektif la. awak tak boleh sesenang hati menilai kebodohan orang hanya melalui beberapa contoh itu.

dia : Ini kajian saya, dan saya tahu apa yang saya buat. nanti awak akan tahu juga kebaikan kajian ini.

saya : saya akan tunggu. pastikan awak buat.

dia : pasti

Dan teman saya itu terus melakukan kajian sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 5. tingkatan 1 hingga tiga saya dapati kajiannya memang bermakna bagi saya yang baru mengenal hidup. katanya :

“semula pelajar perempuan kat sekolah kita ni bodoh. Bukan bodoh aspek pelajaran tapi sikap dan nilai hidup. Cikgu perempuan pun bodoh,” katanya bersungguh-sungguh sambil membetulkan spek matanya yang besar cam emilda.

“habis tu, siapa yang pandai? awak? kenapa kata cikgu bodoh? kan berdosa,”saya menjawab dengan nada yang agak keras.

“tiada siapa yang pandai. konsep pandai tak wujud dalam kajian saya. Saya juga bodoh kerana menerangkan sesuatu yang tidak difahami oleh awak,” sambutnya dengan dingin.

dan perbualan itu tergantung setakat itu. Saya jarang berjumpa dengannya lagi kerana bertukar sekolah.

Selepas itu saya dengar kajian dia lebih bermakna kerana disertai dengan method-method tertentu yang boleh mengaitkan perlakuan bodoh itu dengan aspek psikologi, kesan, pengaruh dan seterusnya membentuk masa depan “perempuan bodoh” kajiannya itu.

Katanya, “dalam setiap diri perempuan ada sifat kebodohan walaupun sedikit. Nilai kebodohan itu bergantung kepada taraf pendidikan dan agama perempuan tersebut dan ‘perempuan bodoh’ itu akan selalu melakukan perkara bodoh berulang kali. Aspek yang terakhir ini masih dalam peringkat kajian”.

Dan sampai sekarang saya rasakan ada rasa ketidakfahaman dalam diri saya tentang konsep ‘bodoh’ yang dalam kajiannya itu. Akhirnya, sejak kebelakangan ini , sejak saya mula berfikir secara matang, saya dapat lihat ‘perempuan bodoh ada di mana-mana. sekeliling saya, termasuk saya sendiri.

Tapi wajarkah sesetengah perkara yang tidak berhasil atau tidak baik itu dikira sebagai ‘bodoh’?

Advertisements