gucci.jpg Sebelum ini saya ada menulis entry dengan tajuk yang sama. Pelbagai perkara telah saya sentuh merangkumi segala aspek yang perlu dan tidak perlu dilakukan semasa menggunakan perkhidmatan tren komuter. sila rujuk kembali entri itu.

Sebenarnya tip-tip itu berguna bukan sahaja untuk menaiki tren komuter tetapi juga kenderaan awam lain seperti bas, LRT dan sebagainya.

Sejak kebelakangan ini perasaan saya terhadap pengangkutan awam semakin dingin. Kedinginan ini amat saya rasai tatkala terpaksa berhimpit2 melebihi status ikan sardin (sekurang-kurangnya dalam tin sardin cuma ada 2 atau 3 ekor sahaja disamping kuahnya yang likat).

Kedinginan dan kesengsaraan terpaksa saya alami apabila berhimpit-himpit dengan pelbagai jenis manusia, pelbagai bau badan, perangai hand bag, kasut, bla…bla…bla. ketidakselesaan itu membuatkan saya teruja nak beli kereta dan memandu dengan selesa ke pejabat.

Ini ada beberapa tip terkini berdasarkan situasi terkini yang saya alami :

  • Sebelum menaiki komuter atau bas atau lrt, pandang kiri, kanan (bukan untuk melintas landasan) dan juga depan dan belakang (bukan nak pastikan tiada jin atau hantu yang ikut kita). Tujuan : memastikan manusia yang berada di sekeliling kita adalah manusia yang tidak memudaratkan kita semasa berada dalam komuter/bas/lrt kelak. Jika manusia yang berada di kanan kita agak tidak menyenangkan atau ada unsur-unsur yang boleh menyebabkan kita pitam (bau badan, minyak wangi atau barang-barang yang dibawa), maka beralih lah ke tempat lain. Ini bagi memastikan perjalanan kita selesa dan yang paling penting selamat.
  • Jika anda seorang wanita yang bergaya dengan membawa beg tangan yang cantik. AWAS! anda sedang diperhatikan oleh segelintir manusia yang juga ingin bergaya dengan harta yang ada dalam beg bergaya anda tu. Pendek kata, awas, anda sedang dalam pemerhatian pihak pencuri/pencopet. Cara untuk menyelamatkan harta anda senang sahaja iaitu pastikan beg tangan yang anda bawa berzip sepenuhnya. Beg yang telah dizip sempurna (tanpa mangga), akan menyebabkan pencuri2 di Malaysia meletak jawatan. Beg yang telah dizip sempurna juga harus dikendong dengan cara yang betul iaitu bahagian kepala zip berada di bahagian hadapan badan anda. Maknanya anda dapat lihat kepala zip tersebut. Jangan risau atau ragu-ragu dengan tip ini kerana walau sepanjang mana pun tangan si pencuri atau si pencuri merupakan invisible, anda tentu dapat pastikan keselamatan beg anda.
  • Jangan terkejut sekiranya anda diberitahu oleh saya bahawa ada manusia yang suka ambil kesempatan dalam kenderaan awam terutama semasa kita dalam keadaan ‘sardin’. Contohnya meraba, bergesel dan sekadar menyandar badan kepada kita. Caranya: ambil posisi yang menyelamatkan aset-aset berharga kita. Jangan berdiri berhadapan dengan manusia berlainan jantina dengan kita. Kalau terlalu sempit pun, elakkan bersentuhan tempat sensitif ( bahagian dada dan punggung) dengan manusia lain. Ini bukan sahaja mengundang bahaya kepada anda semasa di dalam kenderaan tersebut, mungkin juga si peraba akan mengikuti anda walaupun anda telah keluar dari kenderaan tersebut. Itulah kuasa sentuhan!

setakat ini sahaja tip yang boleh saya kongsikan hari ini. Jika ada pandangan atau tip2 lain berdasarkan pengalaman sendiri jangan lupa sumbangkan ke bahagian komen.