Hari minggu yang lepas saya betul-betul letih. Menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Semerah, Batu Pahat. Cuaca agak panas, bertambah panas apabila keliru tentang jalan yang harus dilalui (bukan sesat).

Sepanjang perjalanan dari Gemas ke Semerah, saya lalui beberapa majlis perkahwinan. Ramai betul yang mengambil kesempatan menamatkan zaman bujang/dara sempena cuti sekolah sekarang ni. Berbanding dengan negeri-negeri sebelah pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, majlis kahwin dilaksanakan bukan sahaja musim cuti sekolah, tapi hari-hari bekerja juga ada.

Semasa saya masih menuntut di U dahulu, ramai kawan yang berasal dari pantai timur tak hadir kelas kerana menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara. Saya pernah tanyakan kepada mereka,

“kenapa buat majlis semasa hari bekerja? kan ke susah?”

Mereka bertanya kembali pada saya,

“apa yang susahnya? kita buat majlis untuk meraikan pasangan yang bernikah. Dah itu hari yang baik, go on je la, buat apa nak tunggu orang bercuti?? lagipun orang belah sana buat kenduri kecil sahaja, tak mahu membazir”

ermmm…betul juga katanya, tapi….terpulang laaa. Mungkin mereka dah terbiasa dengan budaya sebegitu ataupun mereka memang ada alasan yang kukuh.

Berbalik semula kepada cerita saya mengenai perjalanan ke Semerah tadi, ikutkan hati saya nak singgah je majlis perkahwinan yang di tempuh itu sebab perut dah lapar. akhirnya pukul 2 petang baru sampai ke Semerah.

tagas.jpg

tanjung.jpg

image0021.jpg

Dari semerah saya singgah ke Tanjung Agas, Muar, nak rasa mee bandung yang disebut2 tu (terutama bila tengok gambar mee bandung kat blog lanrasso). Memang sedap, sempat jugaklah ambil gambar jambatan Muar dan sekitar Tanjung Agas. Tapi gambar tak cantik sebab tak bawa kamera dan hanya guna kamera hp. Menyesal la jugak tapi tak per, lain kali leh datang lagi.

Advertisements