dsc_0217.jpg

Pernah abah pesan kat saya,

“Kita harus belajar sesuatu untuk menjadi sesuatu”

Pada waktu itu saya sungguh tak faham apa yang ingin disampaikan oleh abah. Sehingga suatu ketika saya gagal dalam hidup. Kegagalan itu mengajar saya ‘sesuatu’. Dan akhirnya saya berjaya walaupun sedikit kerana menerima ‘sesuatu’ itu dengan baik dan positif.

Keterlibatan saya dalam program MIHAS sebagai wartawan banyak memberi ‘sesuatu’ bagi saya. Antaranya kesabaran dan kesungguhan dalam melakukan ‘sesuatu’. Dan saya ingin belajar ‘sesuatu’ yang baru menarik perhatian saya. Mungkin saya akan jadi ‘sesuatu’ jika saya bersungguh dalam melakukan ‘sesuatu’ yang saya minat kini.

dsc_0218.jpg

dsc_0226.jpg

 gambar ini adalah hasil ‘sesuatu’ yang saya minat dan bakal menjadi ‘sesuatu’ yang akan saya gapai suatu hari nanti.

Walaupun jalan ke arah itu amat berliku sehingga kadang kala air mata menjadi peneman, akan saya gagahi jua.

Advertisements