Assalamualaikum,

Semoga surat dari budak yang kau benci ini tidak mengganggu keceriaan kau pada hari ini. Pertama sekali aku ucapkan terima kasih kerana kesudian kau memberi surat yang ketiga kepadaku walaupun ketiga-tiga surat tersebut banyak mengandungi unsur-unsur sindiran kepadaku. Namun aku mengakui surat yang terakhir itu serba sedikit menyentuh perasaanku. Nampaknya kau benar-benar benci pada aku ye!! Memang benar aku tidak layak berkawan dengan kau. Sebenarnya cara yang aku lakukan kepada kau merupakan satu cara untuk aku mendekati diri kau. Namun kau tidak boleh menerimanya. Tak apalah, mungkin aku bukan lelaki yang kau idam-idamkan.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak rapat dengan kau seperti di lower six dahulu. Namun aku berasa agak sedih juga kerana di saat akhir sisa persekolahan kita yang tidak sampai dua bulan ini disudahi dengan situasi begini. Lagi satu, aku ingin meminta maaf dari kau jika kelakuan aku banyak menyinggung perasaan kau. Aku akui air mata yang kau keluarkan tidak dapat ditebus semula. Aku juga ingin mewakili Arumugam untuk meminta maaf dari kau. Mungkin dia tak faham perasaan wanita Melayu yg sensitif seperti kau.

Aku juga ingin nak beritahu kau yang aku tak pernah menyelongkar barang peribadi kau apatah lagi membaca diari kau. Sumpah, demi Allah!. Sama ada kau nak percaya atau tak itu terpulang kepada kau. Sebenarnya banyak lagi perkara yang aku nak cakap dengan kau tetapi aku tidak dapat meneruskannya. Sorry, jika surat ini agak serius sedikit. Aku doakan agar kau mendapat result STPM yang terbest sekali walaupun doa orang seperti aku ini sukar diterima tuhan. Aku minta tolong agar kau jangan bagi sesiapa baca surat ini. Buat macam biasa jer…(buat pengetahuan kau, inilah surat yang paling serius aku hantar pada seseorang. Itulah sbb aku merasa malu jika orang lain tahu). Sekian… Yang bersalah Hamdan

*maaf hamdan kerana bagi syamsina dan Gee baca surat ini dan maaf juga kerana bagi blogger lain baca surat ini.