lovemessage8.jpg

Sejak akhir-akhir ini hidup saya agak murung. Banyak perkara yang berlaku – kepenatan, kepedihan, kekecewaan, kemarahan, kekeliruan, kekesalan dan beberapa ‘ke’…lagi yang semuanya menjurus kepada KEMURUNGAN.

Tidak banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan kemurungan yang semakin bermaharajalela dalam hati kini.

Saya cuba! Saya cuba mendengar lagu-lagu yang pernah membuatkan saya gembira…GAGAL

Saya cuba mengemas rumah dan menyusun buku-buku saya dengan teliti serta membuka semula buku-buku yang pernah menjadi peneman di saat saya kesepian…GAGAL

Saya cuba menonton filem-filem yang pernah menjadi pemusnah keresahan saya suatu ketika dulu…GAGAL

Saya cuba merenung ikan puyu yang menjadi ‘safety guard’ di ruang tamu rumah saya…cuba berkomunikasi dengannya seperti selalu….GAGAL

image005.jpg

Saya kemas dan bersihkan pokok hiasan yang menjadi penyeri meja kerja dan ruang dapur rumah saya….GAGAL..juga.

Saya sedar, tak banyak perkara yang boleh saya lakukan untuk mengisi ruang kosong dalam jiwa saya. Saya perlu banyak belajar..mungkin.

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk berjumpa dengan pencipta segala kesedihan dan kegembiraan di dunia ini, malah Dia yang mencipta saya. Sudah tentu Dia MAha Mengetahui kemurungan apakah yang melanda jiwa saya ini, kekosongan apakah yang menyerabuti jiwa saya…Alhamdulillah, ketenangan itu muncul jua.

Kini, saya cuba ajar hati untuk REDHA dengan apa jua yang berlaku dalam hidup saya. Ajar hati untuk menerima sesuatu dengan BAIK. Ajar hati untuk sentiasa BERSYUKUR dengan apa yang telah saya kecapi. Ajar hati untuk GEMBIRA selagi boleh bergembira. Paling penting ajar hati untuk MENGENAL diri sendiri.

Advertisements