thtear.jpgKata orang hati seorang wanita mudah terluka dan terasa. Kerana itu bila berbicara tentang air mata, wanita akan dikaitkan sekali. Benarkah?

Untuk menjadi seorang yang tabah bukanlah mudah, baik lelaki atau wanita. Kerana itu, jika ada wanita yang tabah dalam mengharungi liku kehidupan, masyarakat akan memandang tinggi ketabahannya. Terutama jika wanita itu ditinggalkan suami, bertungkus lumus menjaga anak-anak dan berhempas pulas membanting tulang empat kerat untuk mendewasakan anak-anak sehingga menjadi orang yang berguna. Malah sambutan hari ibu mithali juga lebih meriah daripada bapa mithali.

Kekuatan seorang lelaki pula bukan diukur dari aspek fizikalnya. Kekuatan seorang lelaki dinilai dari tahap kesabarannya dan ketabahannya dalam menangani sesuai situasi. Kita pernah dengar kata-kata ‘ gagahnya seorang lelaki bukan kerana fizikalnya, tetapi hatinya yang dapat menahan sabar dan kemarahan’. Benarkah?

Hari ini seorang wanita telah menangis kerana ketabahannya telah direnggut oleh lelaki yang tidah gagah dan tidak sabar. Dan hatinya yang terluka tidak dapat diselindung, maka air mata menjadi saksi beberapa mata yang selama ini menyangkakan dia seorang wanita yang tabah.

Semoga air mata yang tumpah itu dapat membilas hatinya yang terluka. Aminn…