Sudah tiga bulan saya berkecimpung dalam dunia blog. Pengunjung blog pun meningkat dari hari ke hari. Namun, saya masih tak tahu apa yang saya isikan dalam blog ini. Seumpama tiada identiti, trademark ataupun branding.

Jika Think Tank berjaya dengan pemaparan artikel yang pelbagai isu dan bermanfaat untuk pelajar dan orang perseorangan, saya pula? Apa yang saya sumbangkan untuk mereka?

Jika fuad boleh bercerita tentang saham dan bahan bacaan yang berkualiti, saya pula? Apa yang saya kongsikan dengan blogger lain?

Jika Zaharah, Zamri Mohamad dan Cikgu Zulkhair menyelongkar rahsia alam dan manusia melalui penulisan ilmiah dan kreatifnya, saya pula? Apa kesan penulisan saya kepada pembaca?

Jika Helmi (Helmi’s blog), Kairulnizam Bakeri (Dalang kata), Irwan007 (Coklat9 community), Ampin dan amir sari berjaya membuat saya leka dengan tulisan-tulisannya, saya pula? Apa yang saya isikan dalam ruang blog yang boleh menghiburkan pengunjung-pengunjung blog saya?

Begitu juga Dearhaniey yang terkenal dengan Dunia cinta, perkahwinan dan bicara rasa yang menyentuh kalbu, lilylover yang bermonolog tentang kewujudan wanita dan hardyw3b yang mengajar saya tentang blog, IT dan perisiannya. Saya pula? Apa yang bermanfaat dalam blog saya?

ermmm…nampaknya saya kena kaji balik siapa diri saya. Adakah sebagai ‘sesuatu’ yang hanya bijak meniru-niru kata-kata orang lain, fikiran dan rasa orang lain seperti burung kakak tua?

ermmm..nampaknya sang bayan harus kenal dirinya sendiri sebelum menyampaikan bicara rasanya untuk tatapan orang lain……