Melalui blog saya mula merasakan pemikiran saya sedikit luas. Sebelum ini sumber ilmu saya hanya melalui buku-buku, majalah, surat khabar, media elektronik, tesis, dan pengalaman dengan peristiwa tersebut.

Kini, melalui blog, saya kenal dengan banyak perkara. Yang benar dan palsu, yang baik dan buruk, pemikiran manusia, kekreatifan manusia…dan banyak lagi.

Bagi yang tidak bekerja macam fuad bolehlah surf blog kawan-kawan lain 24 jam. Tapi bagi yang bekerja kenalah pandai mencuri masa untuk melihat blog kawan-kawan.

Selain keseronokan membaca artikel yang dipaparkan oleh blogger, saya juga teruja melihat ‘image header’ yang diguna pakai oleh teman-teman. Bagi saya imej yang digunakan itu bukan sahaja mencantikkan blog malah melambangkan  keperibadian penulisnya dan hasil penulisannya.

Namun, saya sendiri masih terkial-kial mencari image header (apa ek istilah bahasa Melayunya) untuk blog saya. Jika sebelum ni saya guna imej perempuan yang melepaskan burung (melambangkan bicara rasa sang bayan) memang kena dan warna purple tu cantik benar pada pandangan saya. Tapi perempuan tak bertudung tu seksi benar. Tak sanggup rasanya ‘membogelkan diri’ melalui blog dengan cara ini.

lavender_fairy01.jpg

* saya harap gambar di atas bukan kategori ‘lucah’

Maka setelah dua tiga minggu guna imej tu, saya ambil keputusan guna imej original yang telah disediakan oleh theme ini. Rasanya more simple than imej fantasi tu kot.

Tapi jika ada masa, saya akan cuba cari imej yang lebih menarik, yang melambangkan ‘bicara rasa sang bayan’.