Jika dahulu banyak perkara yang tidak dapat saya lihat dan dengar kerana dengan menaiki kereta ke pejabat apa sangatlah peristiwa atau keadaan yang boleh dijadikan iktibar selain maki hamun pemandu dan isyarat ‘kurang ajar’ mereka ketika jalan raya yang disediakan oleh Samy Vellu sesak!

Setelah lima bulan berkecimpung dalam arena pengangkutan awam terutamanya komuter dan bas, saya semakin menghargai masa-masa ketika pergi dan pulang dari kerja.

Inilah masa yang sesuai untuk merehatkan mata dengan pemandangan santai sekeliling. Mata memang berehat tapi hati dan fikiran berkecamuk, hiba, gembira dan berbaur-baur.

Benarlah kata-kata “Jauh perjalanan luas pemandangan, kaya pengalaman”. (terpulang pada tanggapan individu tentang perjalanan mereka)

Banyak perkara telah saya sentuh, (mungkin juga orang lain), tentang peristiwa-peristiwa ‘dalam perjalanan’ yang melibatkan aspek sivik, mentaliti, attitude dan value yang menjalari hidup manusia Malaysia.

Satu lagi perkara pelik tapi benar yang melanda rakyat Malaysia ialah terlalu mengagung-agungkan apa jua perkara yang datang dari negara luar. Itu memang biasa kita dengar.

Kajian kes:

Saya selalu memerhati tabiat rakyat Malaysia yang suka pada budaya luar. Paling jelas penggunaan ringtone pada telefon bimbit masing-masing. Dalam 10 orang yang berbunyi telefonnya, mungkin hanya seorang atau dua orang yang menggunakan ringtone lagu dari Malaysia (lagu tempatan). Yang lain-lain lebih suka mendengar dendangan ringtone lagu Inggeris atau lagu dari Indonesia. Bila saya perhatikan warga Indonesia yang menggunakan telefon bimbit pula, ringtone yang digunakan ialah lagu Indonesia termasuklah lagu dangdut. Inilah kenyataannya. Kelakar tak? Apa yang ingin saya nyatakan di sini bukan sahaja aspek membudayakan anasir dari luar tetapi meneliti kembali kualiti yang ada di Malaysia, baik hasil karya atau apa sahaja. Kenapa rakyat Malaysia sendiri malu menggunakan produk tempatan?

Memang la benda cam ni remeh je bila sekali pandang sekali dengar. Tapi bila di fikirkan semula, rakyat Malaysia (maybe segelintir) berpijak di bumi yang mana satu? atau terawang-awang?