Ini kisah seorang guru lelaki di sebuah sekolah yang terletak di sebuah kawasan tanah rancangan Felda. Guru yang bernama Asyraf baru bertugas di sekolah tersebut. Rona wajahnya tiada kegembiraan. Mungkin kerana dia ditugaskan ke tempat yang bukan menjadi pilihannya, atau dia terpaksa menjadi seorang guru, atau dia sedih meninggalkan ibunya yang hanya berada di daerah Rembau (dia lahir kat sini), atau dia baru putus cinta ataupun dia sedih meninggalkan awek di kl (tempat dia belajar). Itulah spekulasi kami jika menerima kehadiran guru yang sebegini (muka cam tak ikhlas).

Semua andaian kami tidak terjawab kerana cikgu Asyraf merupakan seorang cikgu yang pendiam dan tidak mesra dengan sesiapa pun sehinggalah suatu hari keadaan dan wajahnya serta sifatnya berubah 100%. Apa yang dikatakan berubah 100% ialah cikgu Asyraf menjadi seorang yang mudah mesra, mudah senyum, gelak kuat-kuat, semakin hensem dan bergaya. Mengajar pun senyum-senyum dan penuh ngan semangat (bukan kerana dia minum kopi kapal api atau minum ali cafe ginseng). Semangatnya bagai bercambah-cambah dari hari ke hari.

Ini adalah kerana kehadiran seorang guru wanita yang comel dan cantik. Namanya Siti Fatimah. Sesuai dengan namanya yang melambangkan kemelayuan, cikgu siti memang ayu dan sopan santun. Digemari oleh semua pelajar dan guru-guru. Malah terlihat dengan jelas persaingan antara guru-guru lelaki yang masih bujang dan telah berkahwin untuk mendapatkan cikgu Siti.

Walau bagaimanapun, cingu Siti seorang yang pendiam sangat. Tak banyak hal peribadinya diketahui umum. Yang pastinya cikgu Siti pernah belajar sama tempat ngan cikgu Asyraf. Cuma tempat praktikal lain-lain. Walaupun sama tempat belajar, cikgu Siti macam buat-buat tak kenal ngan cikgu Asyraf. Malah cuba mengelak jika bertembung. Mata tidak bertentang dan mulut tidak bersapa. Begitulah keadaan mereka sehinggalah pada suatu hari…..

Suatu hari yang dinamakan HARI GURU.

Pada hari tersebut, kami bebas meminta guru melakukan apa sahaja. Nak dipendekkan cerita, hari itu kami minta cikgu Asyraf menyanyikan sebuah lagu. Maka ‘the new’ cikgu Asyraf tanpa segan silu naik ke pentas dan menyanyikan sebuah lagu. Malah dia sempat dedicate lagu itu untuk cikgu Siti Fatimah. Cikgu Siti kaget dan terpana seketika, namun dia berjaya mengawal wajah dan air mukanya. Dia duduk dan mendengar lagu dendangan si Asyraf tadi…(suara boleh tahan power). lagu SALAM SEJAHTERA dari kumpulan SAMUDERA

Tiada secantik bahasamu

kugubah lalu menjadi lagu

tidak setanding paras wajahmu itu menjadi rindu

andainya bulan retak seribu

bayangmu ada di mana-mana…..

jika kaca berderai luka tertusuk seluruh jiwa…

kita pun diibaratkan kasih suci yang bahagia..

aku turut merasakan

mahligai yang jadi nyata bersamamu

Pertama dan kaulah selamanya..

riwayat yang menghikayat cinta..

kasih jangan biarkan kata yang nista membakar kita….

 

Tetiba Cikgu Siti berdiri dan melangkah keluar dari dewan. Langkahnya agak laju dan terus masuk ke perut kereta, blah macam tu aje. Cikgu Asyraf pulak memandang dengan ekor mata yang tertanya-tanya. Namun dia masih meneruskan nyanyiannya….

kata janji bukan ukuran

hanya sejati dalam diri

kuburkan aku dihatimu demi cinta sebelum mati

sejauh mana pun terpisah kau dihatiku dan kusama

dalam tidur dalam terjaga kuucapkan salam sejahtera….

 

Apabila Cikgu Asyraf nak turun dari stage after nyanyi lagu tu, Cikgu Siti tetiba muncul kat depan dia bersama seorang lelaki yang lebih hensem dan bergaya dari cikgu Asyraf. Mereka bertentang mata dan berbicara dalam keadaan yang sungguh perlahan. Tak lama lepas tu Cikgu Siti melangkah perlahan keluar dari dewan bersama lelaki hensem tersebut.

Walaupun kami sudah dapat mengagak kisah sebenar antara Cikgu Asyraf dan Cikgu Siti Fatimah. Kami masih tidak puas hati…

Dan Cikgu Asyraf terus naik semula ke pentas dan menyanyikan sebuah lagu tanpa kami minta…

lagu tiga kupang saku penuh padi enam ekor burung masuk dalam kuali..hey

bila sudah masak burung nyanyi saja tentu sedap makan beri pada raja..

raja dalam rumah buat kira-kira suri dalam dapur makan roti gula ..hey

dayang tepi kolam mahu jemur tepung..datang burung hitam..patuk batang hidung…hidung..hidung….

Kami tak faham apa motif Cikgu Asyraf nyanyi lagu ni. Kami juga tak dapat fikir spekulasi untuk menyatakan terjadinya keadaan seperti ini… dan sehingga kini kami masih tertanya-tanya apa sebenarnya kisah antara cikgu Siti dan Cikgu Asyraf serta lagu tiga kupang!