akar-saga.jpg

Akar saga
Abrus precatorius L. (Lenguminosae)

Akar saga ini boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan sakit kepala. Iaitu akar saga dicampurkan dengan daun-daun labu merah, daun kaki kuda dan merombong bukit untuk dibuatkan ubat tersebut. Ia juga boleh merawat batuk, bronkitis dan sakit kerongkong.air daripada akar yang telahdididih bolah disapu untuk penyakit perut, penyakit konjunkitivitis iaitu radang membran pada mata dan traukoma. Bijinya yang telah direbus boleh merawat penyakit malaria. Walaubagaimanapun, bijinya mengandungi glikoprotein yang sangat beracun. Akar saga juga diguna sebagai ubat pemuntah, untuk mengeluarkan kahak dan juga sebagai ubat pencuci perut.

bawang-putih.jpgBawang putih
Allium sativum L. (Amaryllidaceae) Bawang putih merupakan antiseptik, antibakteria dan antioksida. Ia boleh digunakan untuk melegakan sakit seperti sakit gigi, sakit kepala, gigitan serangga dan sebagainya. Bawang putih turut digunakan untuk merawat luka dan ulser. Untuk mengelakkan daripada penyakit strok dan trombosis iaitu pembekuan darah dalam jantung, bawang putih digunakan.

lidah-buaya.jpg

LIDAH BUAYA
ALOE VERA (L.) Burm.f.(Liliaceae)
Lidah buaya ini tumbuh di seluruh dunia untuk pelbagai kegunaan. Kebanyakannya diguna untuk kegunaan farmasi dan perubatan bahan kosmetik dan juga untuk kegunaan luaran lain. Ia adalah anti biotik, anti peptik, anti kulat, dan dapat mengeluarkan cacing dalam perut. Selain itu, lidah buaya juga boleh merawat luka-luka api, bengkak dan luka.
Lidah buaya juga digunakan untuk rawatan penyakit leukemia dan kanser paru-paru, penyakit ekzema iaitu sejenis penyakit kulit dan penyakit buasir. Ia juga digunakan sebagai kosmetik untuk mengurangkan kedutan dan juga masalah-masalah kulit yang lain.

belimbing-buluh.jpg

Belimbing buluh
Averrhoa Belimbi. L. (Oxalidaceae)
Belimbing buluh mengandungi asid amino, asid sitrik, ion potasium, gula dan vitamin C. Ia boleh merawat demam dan diguna sebagai ubat pelindung selepas bersalin. Daunnya yang telah direbus boleh merawat penyakit kencing manis, bengkak di leher dan jerawat. Bagi penyakit reumatik dan batuk, boleh meletakkan daun belimbing buluh di atas badan. Jus buahnya pula boleh merawat batuk kokol, skurvi dan tekanan darah rendah. Manakala, sirap daripada bunga belimbing buluh boleh merawat batuk kanak-kanak.