Dah seminggu saya tak menjenguk blog. Di samping memenuhi cuti sabtu dan ahad dengan balik ke kampung, saya juga menenggelamkan hasrat untuk melawat blog demi memberi perhatian kepada kursus yang saya hadiri selama tiga hari di INTAN (kursus pengurusan Islam).

Biasalah, kakitangan kerajaan cam saya harus diberi bermacam-macam kursus dengan harapan agar saya menjadi penjawat jawatan awam yang berINTEGRITI.

tak banyak benda nak saya kongsikan dengan kawan-kawan mengenai kursus tersebut. kerana selepas ini saya akan menghadiri kursus di INTAN juga (bulan 5 dan bulan 8).. Biasanya INTAN telah menetapkan bahawa seseorang kakitangan kerajaan dimestikan menghadiri kursus di INTAN sekali dalam masa 17 tahun.

mestilah saya seronok. Sebabnya kursus yang dilaksanakan di INTAN memang benar-benar bermanfaat untuk kerjaya saya dan pemantapan rohani saya sebagai seorang manusia.

Melalui kursus ini, saya realize yg pengurusan dan pentadbiran apa juga jenis perkhidmatan harus berlandaskan pengurusan Islam secara menyeluruh. Kita terlalu sibuk dan fanatik dengan sistem dan tatacara kerja yang dilaksanakan oleh sekular sehingga kita lupa apa tujuan kita melaksanaka sesuatu kerja.

KERJA SEBAGAI SATU IBADAH.

Advertisements