Sepanjang hampir lima bulan saya menggunakan perkhidmatan komuter, ada beberapa perkara yang dipandang sambil lewa oleh pengguna komuter. Di sini saya senaraikan beberapa tip untuk menggunakan perkhidmatan ini dengan selesa dan selamat.

  • Sebelum membeli tiket, pastikan stesen yang dipilih adalah betul. Jika membeli tiket dengan menggunakan mesin, pastikan sediakan duit yang lebih kat tangan sebab kadang-kadang mesin ni memilih duit. Tak nak duit kertas yg terlipat-lipat. Kalau mesin tu tak nak terima duit syiling, maknanya duit syiling tu adalah duit palsu. Jika beli tiket kat kaunter pula, kena sediakan duit awal-awal dan jangan ngada-ngada nak berbual ngan mamat kat kaunter tu, sebab org lain pun nak beli tiket juga.
  • Bila dah beli tiket, simpan ditempat yang selamat dan mudah diambil. cth: dlm poket baju atau seluar, poket beg. Jangan sesekali simpan atau selit kat buku, kat topi atau songkok ataupun selit tepi telinga, kecuali telinga anda lebar macam telinga gajah.
  • Pastikan anda berada dilaluan komuter yang betul. contoh : Rawang dan Sentul kat line kiri, Pelabuhan Klang n Seremban line kanan. Kalau tak pasti, tanya kat kaunter.
  • Apabila tren tiba, berdiri di belakang garisan kuning dan selesakan diri.
  • Apabila pintu tren terbuka, jangan melulu masuk. Beri laluan kat penumpang yang mahu keluar dari tren terlebih dahulu.
  • Apabila dah clear, barulah masuk ke dalam tren. Langkah dgn kaki kanan, baca bismillah dan doa menaiki kenderaan.

 

 

  • Jika anda mendapat tempat duduk, perhatikan sekeliling. Manalah tahu ada orang lain yang lebih memerlukan tempat duduk tersebut seperti wanita hamil, warga tua ataupun orang kurang upaya.
  • Jika anda berdiri, pastikan anda memasang ‘kuda-kuda’ dengan kemas. Kadang-kadang pergerakan tren yang tidak sekata boleh menyebabkan anda terjatuh.
  • Pastikan anda mendengar pengumuman stesen yang berikutnya. Kalau pemandu tren tak announce, anda kena make sure sendiri stesen yang berikutnya dengan melihat signboard nama stesen tempat tren berhenti.
  • Jika penumpang tren ramai, make sure sebelum sampai ke stesen yang nak dituju, anda sudah bersedia berdiri di muka pintu. Kalau tak, tentu tak sempat nak keluar.
  • Jika anda tertidur, dan terlepas stesen, jangan panik. Buat muka ayu dan turun di stesen berikutnya. Beli tiket dan patah balik.

Tip tambahan….

  • Jangan bawa barang yang banyak. Selain menyusahkan penumpang lain, anda juga mendedahkan diri kepada risiko barang tertinggal atau berterabur atau kena curi.
  • Jangan memakai kasut tumit tinggi jika peratus untuk anda tidak mendapat tempat duduk adalah tinggi. Jika nak bergaya gak…bawalah selipar atau sandle yg khas digunakan utk menaiki komuter sahaja… keluar dari tren pakailah semula kasut ‘high heel’ anda tu. Ini bagi mengelakkan anda terjatuh semasa tren bergegar ataupun elakkan anda mengalami sakit belakang yang kritikal kerana menahan badan daripada melayang-layang dalam tren.
  • Elakkan menggunakan telefon bimbit dalam komuter. Sama ada membuat panggilan, menerima panggilan atau menggunakan khidmat sms. Rasional: biasanya dalam tren sunyi sepi, kalau anda jawab atau buat panggilan, penerima panggilan tak berapa dengar sebab bunyi tren yang agak bising akan didengar oleh penerima panggilan dan anda terpaksa cakap kuat-kuat. Jika anda menghantar sms peribadi, make sure anda tidak berdiri dekat dengan penumpang lain. Senang-senang je orang lain dapat baca nanti. Tip ini amat penting kepada anda yang menjalankan bisness pil ectasy, dadah, senjata api dan kegiatan-kegiatan lain yang membolehkan anda ditangkap polis hasil dari aduan orang ramai.
  • Yang paling penting, jangan melanggar larangan-larangan yang telah ditetapkan dalam komuter seperti merokok, meludah, membuang sampah merata, berkelakuan sumbang atau makan dan minum dengan berseleranya dalam tren.

Setakat ini sahaja tip yang boleh saya kongsikan. Jika ada tip-tip lain dari kawan-kawan, jangan lupa hebahkan di sini.

Majulah Komuter untuk penumpang Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Filifina, Myanmar, Afrika selatan dll…blaa…bla…bla…

Advertisements