Selalunya pukul 6.45 pg (tepat) saya akan bertolak keluar dari rumah menuju ke stesen komuter. Tapi, pagi ini masa yang ditetapkan oleh ‘disiplin’ saya telah berkecamuk gara-gara telefon bimbit [hp] yang tertinggal di atas katil (dibawah lipatan selimut).

nokia.jpg

Biasanya, saya sudah berada dalam perut komuter tepat atau lebih kurang pukul 7 pagi. Tapi, pagi ini saya masih di kerusi menunggu, terlepas train pukul 7 pagi kerana kaunter yang agak ‘lembab’. Ini semua gara-gara hp yang tertinggal tadi…

Kaki sakit akibat terseliuh, hampir dilanggar oleh penunggang motosikal yang buta undang-undang jalan raya….ah kalaulah hp tu tak tertinggal…

Akibatnya, saya lewat sampai pejabat..hati panas…kononnya nak masuk kelas mengaji Quran pagi ni, tapi tak der mood….ni semua gara-gara hp yang tertinggal.

Kerana hp yang tertinggal atau kecuaian saya meninggalkan hp itu?

Advertisements