Hari ini wajah saya ditumbuhi sebutir jerawat di bahagian dagu. Sepanjang hidup saya ini adalah kali ketiga jerawat menyinggahi wajah saya. Kali terakhir, 5 tahun lalu semasa saya berpanas berhujan membuat kajian lapangan mengenai tanaman padi. Jadi saya dah lupa camna rupa jerawat yang dah masak…

Sepanjang hari saya tak selesa sebab jari saya ni sibuk nak mengusap jerawat yang baru nak bertunas ni…memang tak selesa…terasa dagu saya bengkak dan menebal. untunglah hari ni hari jumaat…kalau hari Isnin, maybe jerawat ni akan pecah hari rabu. Ini bermakna saya kena ambik mc hari khamis….rugi satu hari tak keje…

*rasanya tak sakit sgt kan kalau jerawat pecah..?