Masakan bonda yang paling ditunggu-tunggu….

ayam-goreng.JPG

Bahan-bahannya :

  • 10 potong peha ayam (dibersihkan)
  • 2 biji telur ayam (dipukul rata)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • seulas bawang merah

Bahan untuk tepung :

  • 100 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung beras
  • 50 gm tepung ubi kayu
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:

resepi.jpg

  • Gaulkan ayam bersama bawang putih, bawang merah, serbuk lada hitam dan garam. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih agar bahan-bahan dapat meresap.
  • Masukkan tepung-tepung dan bahan perencah ke dalam uncang plastik. Goncangkan hingga semua perencah sebati. kemudian ketepikan.
  • Lumurkan ayam dengan tepung berperencah. Celupkan ke dalam telur yang telah dipukul. Angkat dan masukkan kembali ke dalam campuran tepung. Ulangi proses mencelup sesuai dengan ketebalan tepung yang diingini.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam dgn api yang sederhana.
  • apabila sudah masak, hidang dengan cara anda sendiri.

Selamat menjamu selera!

Advertisements