Saya tergerak untuk bercerita riwayat ketiga-tiga haiwan ini hasil daripada kisah yang dipaparkan oleh choks dalam helmi’s blog.

kucing.jpg

kisah baby meow

Kisah ini berlaku semasa saya darjah lima. Satu-satunya kucing di rumah saya, melahirkan empat ekor anak kucing yang comel dan bertompok-tompok. Ini adalah kali pertama kucing yang saya namakan ‘Siti’ melahirkan anak. Pada suatu hari saya terkejut apabila seekor anak Siti berdarah-darah dan tercungap-cungap. Cungapnya tak lama sebab lepas tu anak Siti telah pergi ke alam barzakh.

Tiga ekor anak Siti yang lain tidak kelihatan di tempatnya. puas saya cari. Rupa-rupanya Siti telah memindahkan anak-anaknya ke siling rumah kerana diganggu oleh manusia (adik-adik saya). Anak yang terakhir sekali dipindahkan, tak lepas sebab Siti gunakan mulut untuk mengangkut anak-anaknya (mulut siti kat leher anaknya). Mungkin dia tergigit kuat, tu yang berdarah-darah kat leher anaknya tu.

Bila tengok keadaan sekeliling tak selamat, Siti sekali lagi berhasrat memindahkan anak-anaknya. Saya jadi cemas, takut Siti salah angkut dan menyebabkan anaknya mati, so saya pun ambil ketiga-tiga anak Siti dan letak atas katil saya.

Malam tu saya tidur ngan anak-anak Siti (belum buh nama). Sebelum saya tidur, saya belai-belai anak-anak Siti sambil membacakan cerita ‘Red Riding Hood’. Esoknya, saya bangun agak lewat (maklumlah hari sabtu). Bila saya bangun dan menggeliat saya dapati anak-anak Siti tidur dengan lena, keras dan sejuk. Tahulah saya bahawa kesemua anak-anak Siti dah mati sebab kena tindih ngan lengan, kaki dan badan saya yang comel ni. huhuhuhuhu…saya nangis kuat-kuat sebab telah membunuh tiga ekor anak Siti dan saya ketakutan (takut kena tangkap polis) sepanjang hari……

anak-ayam.jpg

Kisah Anak Ayam

Kisah ini berlaku semasa saya tingkatan lima. Seekor ibu ayam sedang mencari rezeki dengan mematuk-matuk tanah lapang di hadapan rumah saya. Ibu ayam itu dikelilingi oleh anak-anaknya yang masih kecil (baru dua tiga hari menetas).

Tiba-tiba ada seekor kucing jantan yang besar dan bengis mahu menerkam seekor dari anak-anak ayam tersebut. Apa lagi, saya pun merembat kucing tersebut dengan penyapu lidi. Bila kucing tu dah jauh lari, baru saya perasan yang saya terpijak salah seekor dari anak ayam tu.. penyek! sepanjang hari saya tak lalu makan sebab geli dan trauma.

tupai.jpg

Kisah Tupai

Kisah tupai ni pun sama la kesnya dengan anak ayam tadi iaitu seekor kucing jahat nak terkam tupai yang dah tersesat masuk dalam rumah saya. Demi untuk menyelamatkan tupai tersebut saya cuba menangkapnya. Bila terpegang je ekor tupai tu saya terus naik dengan hasrat mahu memegang tupai tersebut dan meletakkannya di dahan pokok mangga belakang rumah saya. Terkejut ‘nyet’ saya apabila ekor tupai itu putus dua dan tupai tu lari melompat ke luar. Baru saya tahu ekor tupai umpama benang sulam. Mudah putus. Tapi syukur la tupai tu tak mati, cuma cacat sementara. Saya rasa ekor tupai tu leh tumbuh balik kot.

Itulah kisah ‘rescue’ yang saya alami yang seterusnya niat murni saya tu menjadi tragedi bagi haiwan-haiwan tersebut. Nasib baiklah saya tak memilih kerjaya sebagai anggota penyelamat. Kalau tak, entah berapa nyawa yang tak selamat ditangan saya. hehehehe……..Semoga yang telah pergi tu, ‘aman’ di ‘sana’. AMINNNN….

Advertisements