BONDA pernah beri peringatan:
Kadangkala jika menggoreng ayam yang banyak, pastinya akan melekat di kuali dan menyebabkan ayam yang digoreng hancur. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini terjadi bonda kata :
- Letakkan daun pisang didalam kuali sebelum menggoreng.
- Panaskan minyak betul-betul
- Taburkan sedikit garam halus sebelum memasukkan ayam. (Jika nak guna cara ini, pastikan ayam yang hendak digoreng tidak dilumur dengan garam yang banyak. Takut masin sangat)
Selamat makan ayam goreng..nyum…nyum…nyummm
Oktober 16,2008 at 11:52 am
Asam keping juga blh digunakan utk mengelakkan gorengan ayam atau ikan melekat di kuali.
Caranya, bila minyak sudah panas, gorengkan dulu 2-3 keping asam keping hingga garing dan asam terapung atas permukaan minyak, barulah dimasukkan ayam atau ikan kita. InsyaAllah…
Oktober 16,2008 at 3:13 pm
Terima kasih insan_biasa kerana berkongsi petua.
Mac 20,2012 at 12:19 pm
insyallah saya akan cuba petua ini,sebab saya nak mula berniaga menjual nasi ayam goreng nusantara dekat bazar uptown jalan reko pada bulan april ini.