tangan.jpg

Lengan, siku, tapak tangan, belakang tapak tangan dan jari. Keempat-empat bahagian tangan untuk seorang wanita seringkali dikaitkan dengan kelembutan. Lengan yang mulus, siku yang comel, tapak tangan yang halus, belakang tapak tangan yang menawan dan jari yang mungil. Ciri-ciri ini juga dikaitkan dengan sifat seorang wanita yang tegas dalam kelembutan, suka membelai, tangkas melakukan kerja dan sebagainya.

Benarkah ‘tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia’? (saya perhatikan tangan saya).

Apa yang telah tangan ini lakukan sepanjang khidmatnya kepada saya selain membuat kerja-kerja seharian? Apa kaitan tangan ini dengan manusia yang bergelar ‘lelaki’

1. Tapak tangan ini pernah saya gunakan untuk melempang dua orang lelaki yang ‘kurang ajar’ dengan saya.

2. Siku ini pernah menyigung (menyiku) seorang lelaki yang ingin melakukan perkara tak baik kepada saya ketika berada dalam bas. (sampai senak perut dia saya siku)

3. Jari ini pernah mencubit lengan (berlapik) lelaki yang bergurau tak berlapik.

4. Belakang tapak tangan ini pernah meng’backhand’ seorang lelaki yang agak kasar perbuatannya pada seorang wanita yang lembut tangannya…

Rasakan penangan kelembutan tangan ini. Sebenarnya banyak lagi kisah yang telah dicipta oleh tangan ini. Baik dan buruk. Biarlah tangan ini yang menjawab apabila diaju soalan di akhirat kelak…semoga tangan ini dapat menyelamatkan saya dari api neraka.

Advertisements